𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 26 🍁

3.5K 172 27
                                    

HAMPIR dua minggu ramadan, tak terasa raya akan tiba beberapa hari saja lagi. Dan minggu lepas Rina kembali sibuk dengan kuliahnya di kampus. Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum cuti perayaan selama seminggu.

Usai kelas, Rina terus berlalu ke tempat parking. Hari ini dia memandu sendiri kerana Ian ada meeting awal pagi tadi. Masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Belakang disandar pada kerusi.

Mata di pejam rapat. Entah kenapa kepalanya terasa sakit. Pening pun ada. Rasa nak muntah lagi la. Tapi dia tahan kerana hari ini dia berpuasa. Lama dia duduk di dalam kereta. Hingga tidak sedar yang dia terlelap ketika telefonnya berbunyi.

Dengan malas dia mencapai telefon di dalam tote bagnya.

"Assalamualaikum abang."

"Walaikumsalam sayang. Sayang kat mana? Abang call banyak kali sayang tak angkat. Whatsapp tak reply. Rasanya sekarang sayang dah habis kelas kan?" kedengaran risau nada suaminya disebelah sana. Tangan Rina naik mengurut kepala.

"Rina terlelap dalam kereta ni. Pening."

"Sayang tunggu kat situ. Abang datang. Masih kat kampus kan?"

"Hmm.."

"Tunggu. Sayang jangan matikan panggilan."

Rina letakkan telefon di riba. Panggilan masih ON. Kedengaran sayup sayup suara suaminya di sebelah sana. Rina sentuh icon loud speaker.

"Sayang? Abang on the way dah ni."

"Okay.." balas Rina dengan lemah. Ian memecut laju meninggalkan rumah mereka. Dia balik awal kerana hari ini dia dan Rina berjanji untuk keluar membeli bahan untuk masak tomyam.

Sejak semalam lagi Rina mahu makan tomyam seafood. Bila sampai di rumah, kelibat dan kereta isterinya tidak kelihatan. Hampir sejam menunggu, sambil cuba menelefon Rina. Saat Rina menjawab panggilannya, dia rasa lega.

Ian memberhentikan keretanya di belakang kereta Rina yang masih berada di tempat parking. Langkahnya diatur laju ke bahagian pemandu.

"Sayang." panggilnya bila Rina dia lihat tersandar lemah di dalam kereta itu. Pintu di buka.

"Sayang okay tak ni?" Wajah isterinya dia belek. Rasa kalau panas.

"Rina pening.."

"Jom kita balik." Lengan Rina dia paut lembut. Perlahan-lahan Rina keluar dari kereta. Kepalanya pening yang amat sampai buka mata pun dia tidak larat.

"Ian?" Ian menoleh bila namanya di sebut.

"Eh, Haiden."

Haiden melangkah menghampiri mereka.

"Rina okay ke? Dari tadi aku nampak dia dalam kereta. Tak gerak gerak."

"Dia pening. Sebab tu aku datang jemput dia." Ian dengan selamba mencempung tubuh isterinya untuk di bawa ke dalam keretanya. Rina tidak membantah. Dia hanya menutup mata saja. Kalau dia celik confirm muntah.

Haiden bantu Ian mendapatkan beg dan barangan lain milik Rina lalu di hulur pada lelaki itu.

"Thanks." balas Ian seraya meletakkan barang milik isterinya di tempat duduk belakang.

"Kereta Rina ni nanti aku suruh kawan aku hantar. Kebetulan dia tak bawa kereta hari ni. Boleh la aku follow dia dari belakang nanti."

"Tak menyusahkan ke?" Ian senyum kekok. Dia tak berapa rapat dengan Haiden seperti rapatnya Rina dengan Maysara.

Haiden tersenyum.

"Tak adalah. Nanti kau bagi address korang." Haiden tepuk perlahan bahu lelaki itu.

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now