[10] R̶e̶m̶p̶i̶t̶.

56 3 4
                                    

"Assalamualaikum tokwan!!" Laungku dari luar. Najwa di rumah sebelah dikerling. Lamanya senah tu melantak.

"Waalaikumussalam! Apa kamu ni, Neesa. Meh masuk makang," marah Ucu.

Senyuman tidak bersalah diberikan.
Kaki menuju ke meja makan. Perut dari tadi buat konsert jiwang.

"Makan dulu, Sa. Nanti kebulur pula. Susah nak merempit," tutur Ayohsu.

Aku mengangguk setuju lalu bungkusan laksam di buka. Tapau dari kedai je. Doa dibaca dan sedia untuk makan.

"Assalamualaikum tokwan!" laung Najwa kuat dari pintu dapur.

Tercekik aku dibuatnya. Air yang Ucu hulurkan diambil dan diteguk rakus. Perit mat tekak.

"Woi pazzo! Beri salam slow-slow dah lah. Tercekik aku. Karang tak sempat bina masjid," marahku apabila kembali tenang.

Nak maki perempuan ni kene guna bahasa asing. Nanti kene tarbiah pula dengan tokwan. Ayohsu dan Ucu hanya mampu menggeleng.

"Eleh, kau pun dua kali lima je. Kau ingat aku tak dengar kau bagi salam? Sampai rumah aku dengar tahu," balas Najwa pula. Cermin nak?

"Apa kamu berdua ni gaduh depan rezeki? Makan elok-elok, Sa. Ni kamu Najwa, dah makan?" soal tokwan yang baru keluar dari bilik dengan kerusi roda.

"Sudah tokwan. Tak apa, saya tunggu Neesa je," ujar Najwa seraya mengambil pulut panggang di atas meja.

"Bawa motor tu elok-elok. Lesen, kad pengenalan semua ada? Duit minyak cukup?" tanya tokwan risau.

Bukan boleh budak dua orang ni bawa motor. Bawa macam jalan tu bapak mereka punya.

"Semua bereh, tokwan. Okey lah, assalamualaikum. Bye semua," lambaian diberikan kepada tokwan, ayohsu, ucu dan ayohngoh yang baru tiba.

Jalan kampung kami bawa dengan kelajuan yang perlahan. Tiba di highway , dah tak ingat dunia. Rempit dulu, baru kamu.

       ♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

"Kau ni fokus sangat kenapa? Kalut beno buat kerja pun. Kau nak kejar apa ni?" tanya Najmi hairan dengan Aryan.

Aryan baru naik pangkat menjadi CEO menggantikan Tuan Arshad kerana papanya yakin Aryan sudah bersedia untuk memikul jawatan itu.

"Kau tahu tak hari ni hari apa? Setiausaha kau tak bagitahu jadual kau hari ni ke?" soalan dibalas soalan.

Mata masih memandang fail di atas meja dan diselak berkali-kali.

"Ye, aku tahu hari ni kita ada date dengan Aneesa dan Najwa. Mak kau pun ada sekali kan? Masalahnya, kau kalut sangat kenapa? Dia orang tak lari pun lah," bebel Najmi malas.

"Eh? Kau tu CEO tahu? Asal melepak kat ofis aku ni? Ofis kau dekat sebelah eh!" Aryan menukar topik seraya menoktahkan masalah tadi.

"Sebab aku CEO lah aku boleh melepak dekat sini," jawab Najmi selamba. Belum sempat Aryan membuka mulut, dia menyambung;

"Tak ada lah! Hari ni jadual aku penuh dengan double date kita ni je."

Batal niat Aryan untuk mentarbiah.

"Ikut suka kau lah," balas Aryan malas.

Pintu ofis diketuk lalu muncul wajah Farah, setiausaha Aryan.

"Encik Aryan, Puan Sofiya sudah tunggu di lobby," lapor Farah dengan senyuman.

"Ouh, okey! Terima kasih, Farah," ucap Aryan lalu menutup fail-fail yang berselerak di atas meja.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now