[57] U̶l̶a̶n̶g̶ t̶a̶h̶u̶n̶.

22 0 0
                                    

Hari ini, kami akan menyambut ulang tahun Sabreen yang ke-23. Muda kan? Ouh, lupa. Ulang tahun Adeeb juga.

Kami bersepakat untuk Adeeb membawa isterinya pergi jalan-jalan dahulu atau lebih tepat lagi, membiarkan Adeeb membuat kejutannya sendiri untuk Sabreen.

Sementara itu, aku, Aryan, Najmi dan Najwa menghias laman di sebelah rumahku.

Aku bercekak pinggang memandang sekeliling, ingin memastikan semua hiasan disusun kemas.

Aryan dan Najmi sibuk mengangkat benda-benda berat ke tempat yang sudahku tetapkan.

Najwa pula menyediakan makanan dan minuman memandangkan kerja itu sahaja yang sesuai dengannya.

Aku ke hulur ke hilir mengangkat pinggan dan cawan plastik lalu disusun di atas meja panjang.

Belon bernombor dua dan tiga aku lekatkan di dinding. Dikelilingi belon-belon bulat yang berwarna ungu lembut. Warna kesukaan Sabreen.

Telefonku yang terletak di atas meja panjang berdering kuat. Aku sengaja menguatkan suara telefon agar panggilan penting dapat didengari.

Aku berlari anak ke meja panjang lalu mengangkat panggilan telefon itu.

"On the way balik," ujar Adeeb perlahan.

Aku mengerti dengan kata-katanya.

"Baik," aku terus meletakkan panggilan.

Aku terus berlari ke arah Aryan dan Najmi yang sedang berborak ringkas di hujung laman dengan tangan berada di pinggang masing-masing.

"Bro, siap sedia," arahku lalu sambung berlari ke dalam rumah.

Tak usah terang lebih-lebih. Mereka berdua mengerti maksud tersirat kata-kataku itu.

"Nyah, siap sedia," arahku kuat apabila melintasi dapur.

Najwa terpinga-pinga seraya bangun dari duduk dan terus berlari anak ke luar.

Aku menyambung larian dengan mendaki tangga hingga ke tingkat dua. Bilik tetamu dituju.

Aku laju mengambil hadiah-hadiah yang telah siap dibungkus dan membawa semuanya turun lalu disorok di tepi pintu gelangsar.

Aku berlari lagi ke arah Najwa dan yang lain sedang menunggu.

Seperti yang dirancang, Aryan dan Najmi memegang mercun kertas dan berdiri di ambang pintu masuk laman.

Najwa memegang kek hari jadi dan aku memegang pisau. Tema hari jadi Sabreen kali ini, ungu.

Jadi, kami semua memakai baju berwarna ungu lembut kecuali Adeeb dan Sabreen. Mereka memakai baju berwarna hitam.

Kelihatan Adeeb memimpin Sabreen yang memakai pelitup mata berwarna hitam untuk ke sini.

Tiba saja mereka di ambang pintu, Adeeb membuka pelitup mata Sabreen dengan lembut dan serentak dengan itu, Aryan dan Najmi membunyikan mercun kertas yang dipegang.

Pom! Pom!

Kuat bunyi yang dihasilkan hingga Sabreen terkejut sedikit.

"Happy birthday, Sabreen!" serentak kami semua mengucap ayat itu.

Cebisan-cebisan kertas yang keluar dari mercun kertas itu berterbangan di udara dan jatuh di atas kami.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Sabreen,
Happy birthday to you..."

Nyanyi kami beramai-ramai. Bunyi tepukan tangan juga mengiring nyanyian kami.

Sabreen terharu. Sedikit saja lagi air matanya hampir jatuh namun dia tahan dengan memandang ke arah lain.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now