[9] A̶r̶y̶a̶n̶ p̶u̶n̶y̶a̶.

79 2 0
                                    

"Dah siap ke persiapannya?" tanya Hajah Safiya kepada anak perempuannya.

Tidak sempat dia menolong kerana kerja di hospital bertimbun.

"Adalah dalam 40 peratus. Betul ke tak nak ambik catering? Rasa bersalah lah pula. Dah lah yang masaknya tua-tua belaka. Kesian lah umi," tuturku sambil menolong Hajah Safiya mengemas rumah.

"Umi ingat nak ambil catering. Tapi tokwan kamu tu lah, sibuk nak buat rewang. Boleh mengertakan silaturahim katanya. Maklum ler, cucu first and second nak kahwin. Yang tua-tua masak, yang muda-muda nanti tolong angkat makanan, basuh pinggan semua," terang Hajah Safiya panjang.

Kalau itu yang tokwan inginkan, redha je lah. Kene dengar cakap orang tua.

"Habistu siapa yang nak bergambar sama-sama nanti? Angah nak ada gambar family tahu. Yang besar punya," pintaku seakan ingin kecewa.

Takkan lah gambar pengantin je. Orang nak gambar semua. Boleh buat profile grup. Tukar lah. Berzaman aku tengok gambar sama.

"Bukan lah. Orang tua dan muda nanti masak sama-sama hari sebelum tu. Yang angkat, basuh tu biar budak-budak catering ni buat," sampuk Haji Akram secara tiba-tiba.

Aku hanya mengangguk.

"Ni persiapan belah Aryan apa cerita? Dah siap ke?" soal Haji Akram. Tiada dengar  pula berita dari orang sana.

"Tadi mama ada call. Dia cakap lokasi dah ada, catering pun dah ada, kad jemputan dan doorgift pun dah order. Cincin dengan baju nanti tunggu angah dapat cuti baru boleh pergi dengan Najwa," terangku panjang sambil mengingat semula panggilan dari Puan Sofiya.

Sedang menunggu cuti kerja kedua dan cuti kerja doktor di hospital milik Hajah Safiya.

"By the way, doorgift kita macam mana? Nak letak vendor apa? Nanti pihak lelaki nak tidur mana?" tanyaku bertalu-talu dengan kerutan di dahi.

"Ish kamu ni! Angah yang nak kahwin kan? Fikirlah sendiri," kata Hajah Safiya seraya menepuk lengan aku. Aku tersenyum bak kerang busuk.

"Angah dah fikir, cuma nak minta cadangan lah sikit," balasku sambil mengelap meja makan di hadapan.

"Apa idea kamu, ngah?" soal Haji Akram pula.

"Okey! Vendor tu kita tempah satu je. Aiskrim kon dan roti. Lepas tu, letak lah kek-kek atau dessert sekali. Suruh Aqeela dengan saudara dia jaga. Kemudian sediakan satu buku dan magic pen untuk tetamu bagi ucapan panjang-panjang. Cun tak?" terangku dengan muka ceria. Haji Akram dan Hajah Safiya mengangguk.

"Pihak Aryan dan Najmi tidur dekat homestay depan tu. Keluarga Najwa bersiap dari rumah dia orang. Dia kan berjiran dengan tokwan, so dekat je lah. Rumah tokwan pun bilik cukup-cukup je untuk anak, cucu dia. Saudara yang lain dekat je kan? Pandai lah dia orang fikir nak duduk mana," sambungku lagi. Air di depan diteguk. Dahaga!

"Cuma doorgift, I don't know. Abah cari lah DJ untuk majlis tu nanti. Umi sediakan doorgift, boleh?" pinta aku manja. Gedik pula aku rasa.

Haji Akram dan Hajah Safiya mengangguk. Lebar senyuman aku.

       ♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

"Senah, lepas aku balik kerja ni kita pergi mall eh? Cari barang hantaran dan cari design pelamin," ajakku di corong telefon sambil tangan ligat memeriksa laporan pesakit di kaunter pertanyaan.

"Hao de. Nanti aku terus tunggu kat mall lah. Kau terus pergi sana," cadang Najwa di sebelah sana.

"Hao de. Asslamualaikum," balasku lalu talian dimatikan selepas salam dijawab.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now