[79] P̶e̶n̶j̶e̶n̶a̶y̶a̶h̶.

21 0 0
                                    

ARYAN POV

---

"Apa kau orang buat ni? Kenapa lengahkan masa? Aneesa dalam bahaya tahu?" soalku bertubi-tubi. Kerutan jelas terukir di dahiku apabila melihat mereka masih berbincang dan duduk dengan tenang.

"Ye, kita orang tahu, Ami. Tapi, kita perlu ada strategi yang baik untuk serang. Tak boleh melulu aje. Kena berbincang terlebih dahulu," balas Adeeb tenang. Aku ditarik merapat ke arahnya untuk berbincang sekali.

"Jadi, apa rancangannya?" soal Najmi. Dia berpeluk tubuh seraya mendekat ke arah kami.

Aku, Adeeb, Najmi, Najwa, Alif dan Aqeela mengelilingi meja mesyuarat yang panjang itu. Adeeb memandang satu per satu muka di hadapannya.

"Ini, rancangan Erma. Tugas kita sekarang ni, cari sampai habis siapa yang berkait. Salah satu suspek, Khai!" Adeeb menghempas gambar Khai pada muka meja. Najwa dan Aqeela mengangguk yakin.

"Cari semua info fasal Khai dengan lebih mendalam lagi. Aku dapat rasakan yang Erma sudah tahu siapa penjenayahnya tetapi tiada bukti yang kukuh. Erma seorang perahsia, betul?" Alif menyoal seraya memandang satu per satu muka.

Dengan yakin kami mengangguk. Sudah mengerti dengan sifat perahsia Aneesa.

"Jadi, kita tak tahu apa yang dia lalui, siapa yang dia jumpa dan apa rancangannya yang sebenar. Buat masa sekarang, ikut rancangan dia," arah Alif tegas. Sekali lagi, semua mengangguk yakin.

"Mana kau orang tahu rancangan dia?" soal Najmi hairan. Aku turut memikir akan hal itu tetapi Najmi sudah bertanya terlebih dahulu.

"Sebelum dia keluar, pagi tu dia bagi aku pen drive ni. Dan dia arahkan kita orang bersiap sedia. Kita orang hanya buat tanpa bertanya. Fon telinganya bersambung dengan laptop Lind," terang Adeeb lalu menunjukkan pemacu pena berwarna hitam yang terletak elok di atas meja.

"Kalau dah jumpa info tentang Khai, apa yang kita lakukan seterusnya?" soalku pula. Adeeb memandang Alif yang tenang itu.

"Tunggu isyarat dari Aneesa untuk kita serang," balas Alif tenang. Serentak aku dan Najmi terkedu dengan balasannya itu.

"Apa yang dia nak buat? Tak ke lagi bahaya kalau kita melambatkan masa?" soalku hairan. Tangan menongkat di kedua belah pinggang.

"Dia ada rancangan dia. Kita kena yakin dan percaya dengan rancangan dia. Keyakinan dan kepercayaan perlu ada untuk sesuatu kerja," pesan Adeeb tegas. Aku dan Najmi memandang satu sama lain. Akhirnya, kami mengangguk sahaja.

"Sementara Lind dan Hacket buat kerja dia orang, kau orang pergi suruh budak-budak bersiap sedia," arah Alif kepada aku dan Najmi.

Kami hanya mengangguk dan keluar dari bilik mesyuarat yang sunyi tanpa suara asing.

♡︎𓆉︎ 𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲  ☕︎♡︎

Aku dan Najmi serta anak-anak buah Aneesa melangkah ke dalam bilik mesyuarat dengan tubuh yang lengkap berpakaian serba hitam.

Jaket kalis peluru yang tertulis 6A1S di tengahnya dibetulkan hingga kemas. Sarung tangan hitam juga dikemaskan hingga selesa.

Adeeb, Alif, Najwa dan Aqeela yang sedang fokus didekati. Najmi menepuk badan Adeeb sekali. Adeeb meletakkan jari telunjuknya di bibir lalu komputer riba di atas meja ditunjuk. Isyarat menyuruh kami diam dan mendengar.

Aku dan Najmi merapatkan lagi jarak agar kami dapat mendengar suara yang komputer riba milik Najwa berkata. Aku menajamkan pendengaran dan mengenal pasti suara-suara itu.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now