[20]M̶e̶m̶b̶e̶r̶ g̶i̶l̶a̶.

61 2 0
                                    

"Eryna! Ya Allah. Rindunya aku dekat kau," badan Eryna terus dipeluk erat.

Eryna ialah salah seorang sahabatku yang belajar di luar negara.

"Aku pun rindu dekat kau. Sorry aku sibuk sangat," pinta Eryna lembut selepas pelukan dileraikan. Memang dia rasa serba salah sekarang ni.

"Tak apa. Aku faham. Congrats bro," ucapku dengan wajah yang ceria. Eryna telah habis PhD-nya.

"Wei kah tengok. Selek dah sekarang. Betul lah orang kata, dah kahwin je lupa member," adu salah seorang sahabat aku, Damia.

Empat orang sahabatnya yang lain mengangguk setuju. Eryna pergi ke arah Najwa. Membiarkan aku berborak dengan sahabat sekolah rendah hingga sekarang.

"Ngek kau. Aku tak nak mencarut tau di hari yang indah ni. Sinilah nak peluk. Aku malas lah nak bangun," aku yang duduk di depan katil sudah mendepakan tangan menunggu pelukan dari mereka.

"Hari yang indah awak kata. Awak tengok ni! Awning kita tak jadi tahu?!" adu Jasmin pula, sahabatnya yang terlebih aktif. Ingat tak?

Jasmin terus pergi ke cermin berdekatan lalu awningnya dibetulkan.

"Geli lah aku," ujar Damia dengan muka tidak bersalah.

"Iqaa..." panggil aku meleret.

Aku tahu sahabatku yang terlebih comel itu tidak akan menghampakannya. Syafiqah ketawa kecil lalu mendakap tubuh tinggi aku.

Melihat Syafiqah mendakap aku, yang lain turut mendakapnya erat. Sesak nafas aku dibuatnya.

"Dah biru belum muka dia," soal Jasmin sengaja.

Memang minah ni suka cekik aku. Soalan yang sama juga dia tanya jika dia mencekik aku. Gurauan yang dianggap serius oleh orang lain tetapi bukan aku. Setelah satu minit berpelukan, akhirnya terlerai jua.

"Asal ek? Minah ni makin tinggi. Kita ni tak tinggi-tinggi pun," soal Madiha hairan.

"Aku tahu siapa yang boleh jadi cikgu untuk kau orang rambah tinggi. Abang Ninie," panggilku. Ninie sahabat Aryan.

Aryan yang mendengar panggilan aku pada Ninie terus menjeling tajam. Aku perasan akan jelingan itu terus tertawa kecil.

Hairan semua dibuatnya. Tiba-tiba je gelak. Tak ke gila namanya?

"Kenapa, Neesa?" soal Ninie hairan.

Jaraknya dengan aku jauh satu meter. Aku faham dengan sikap Ninie, jadi aku tidak terasa.

"Abang pernah share dekat Tiktok cara untuk tambah tinggi kan? Dia orang memerlukan khidmat abang," jelasku mengusik.

"Eh tak apa lah. Terima kasih ye. Awak ni bodohlah, Neesa," tolak Jasmin sopan.

Lengan aku ditampar kuat. Aku hanya ketawa. Tahu je yang sahabatnya ini memang pantang sedikit dengan lelaki.

Aku merenung sahabatnya yang terlebih pandai, Qirana. Aku mengerti akan pandangan Qirana pada Ninie, terus idea menyakat muncul.

"Sorry ah, bang. Saja menyakat dia orang. By the way, bang. Saya nak puji abang ni. Jangan blushing pula ye. Maklum lah, ada orang nak kenal dengan abang tapi dia rasa dia tak layak. Jadi biar saya kenalkan abang dengan dia dulu," aku bermukadimah dahulu.

Semua yang di dalam bilik itu telah berkerut dahi kecuali Qirana.

"Ina, Abang Ninie ni tinggi, hafiz quran, soft spoken, tidak merokok, hormat orang, sweet dan yang paling penting memang sesuai untuk jadikan sebagai ketua keluarga. Sekian, terima kasih," senyuman sinis ditayangkan buat Qirana, tidak lupa kening dijongketkan beberapa kali.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now