[43] 23:14

31 1 0
                                    

"Shahmyku..." panggilku meleret.

Aku berjalan ke arah Aryan yang duduk di sofa dengan gaya kanak-kanak ribena bersama telefon di tangan.

Aku menghempas punggung di sebelah Aryan lalu bersila. Tidak lupa juga senyuman lebar yang terukir di bibirku.

"Awat hang ni?" soal Aryan hairan. Tapi dia tetap gembira melihat sisi isterinya yang satu ini.

"Ada nombor telefon Datin Syahrani tak?" tanyaku dengan mata yang dikelip-kelip. Gedik lah pula.

Aryan tergelak kecil. Badan dipusingkan sepenuhnya mengahadap aku. Memberi sepenuh perhatian kepada isterinya.

"Macam mana sayang kenal Datin Syahrani?" belum sempat aku menjawab, Aryan menyambung. "Okey, abang lupa. Semua benda fasal abang dalam poket sayang."

"Bijak pun. So, ada tak nombor telefon Datin Syahrani?" soalku semula.

"Sayang hack lah syarikat dia. Nanti jumpa lah," senang Aryan memberi cadangan.

Dia kalau cadangan yang masuk akal tak apa. Ni cadangan yang mintak kaki dia bagi.

"Sayang bekerja dengan negara. Ada yang kene buang kerja karang sebab ceroboh sistem orang tanpa sebab yang mustahak," jelasku dengan muka yang menahan sabar.

"Sorry, sayang. Tapi abang tak ada lah nombor dia. Cuba tanya Najmi. Dia rapat sikit dengan Datin Syahrani. Sorry, beautiful," tanganku digenggam erat dengan muka serba salah.

"Haih, kan senang jawab begitu. Tapi tak apa. Najmi tak ada dalam pilihan. Ada dua je pilihan. Satu tak jadi. Guna pilihan B," kataku seraya menunjukkan jari yang mengira.

"Apa pilihan B?" soal Aryan ingin tahu. Macam menarik je. Otak Aneesa bukan boleh.

Aku menggamit tanganku, menyuruh Aryan mendekatkan telinganya ke mulutku. Nak berbisik.

"Hdjegdjevsidvejabxkeveidjbekqgdo2g"

Aryan terpegun dengan idea aku. Mata terbuka luas. Mulut yang spontan terbuka juga ditutup dengan tapak tangan.

Isyarat mata kami yang bermaksud 'serius lah'. Aku yang mengerti, laju mengangguk.

♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

"Assalamualaikum jiran! Jiran nak pergi mana?" tegur Najwa dah macam makcik bawang gayanya. Najmi disebelahnya beriak bingung.

Aku dan Aeyan saling berpandangan kemudian memandang Najwa dan Najmi yang berpegangan tangan itu.

Pergi mana lah dua ekor ni pagi-pagi. Tak reti duduk rumah ke macam mana.

"Kita orang nak balik KL dua malam," jawab Aryan lalu menutup but kereta.

"Tak bagitahu pun. Aku nak ikut juga," marah Najmi dengan muka cemberut. Bibir juga dimuncungkan.

Sekali lagi aku dan Aryan membalas pandangan lalu serentak mengangguk. Kesan Najwa mengandung lah ni.

"Last minute plan. Begini lah jadi dia. Kau asal tak pergi kerja lagi ni?" soalku kepada Najmi.

"Lambat sikit. Kau orang nak pergi sana buat apa?" tanya Najmi kembali.

"Nak lawat mama, papa. Sejak kahwin ni tak melawat dia orang lagi," Aryan menjawab bagi pihakku.

"Okey lah, kita orang pergi dulu. Bye, nyah. Take care," ucapku seraya memeluk Najwa. Aryan dan Najmi berjabat tangan.

Aku dan Aryan memboloskan diri ke dalam kereta. Hon dibunyikan lalu kereta BMW M4 Competition hitam milik Aryan hilang di balik pagar kediaman kami.

♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now