[73] S̶o̶a̶l̶ s̶i̶a̶s̶a̶t̶.

20 1 0
                                    

Aku keluar dari pejabatku dengan muka beku. Aryan yang berada di sofa dipandang sekilas lalu pintu pejabatku ditutup rapat.

Aku membiarkan Aryan berehat di pejabatku sementara aku pergi berjumpa Alif. Nasib baik ada novel yang aku tinggalkan di sini. Tidaklah Aryan bosan menungguku.

Punat di sebelah lif ditekan. Pintu lif terbuka lalu aku memboloskan diri ke dalam kotak lif. Aku menunggu dengan sabar selepas punat tingkat yang ingin dituju ditekan.

Ting!

Aku keluar dari kotak lif selepas bunyi itu kedengaran. Menandakan aku telah tiba di tingkat yang ingin dituju. Aras bilik soal siasat.

Aku melepasi setiap pintu besi berwarna hitam dengan tenang. Kesemuanya adalah pintu bilik soal siasat.

Setibanya aku di pintu kedua terakhir, kata kunci dimasukkan kemudian pintu terbuka luas. Kelibat Alif yang sedang berpeluk tubuh dan bersandar di dinding bersama riak bekunya kelihatan. Alif mengangguk kecil, menyapaku.

Aku membalas bersama anggukan juga. Tingkap segi empat tepat di satu dinding dipandang. Jika melihat dari sini, memang aku tidak nampak apa-apa bayang di dalam cermin itu. Tetapi aku tahu, Adeeb, Najwa dan Aqeela berada di sebelah. Mendengar dan merekod setiap perbualan kami bersama mangsa.

"Assalamualaikum, Muhammad Aidil. Bagi aku perkenalkan diri dahulu. Aku, Erma dan ini, Lion," aku bermukadimah lalu menunjukkan Alif yang setia bersama muka bekunya.

Aidil memandang kami berdua dengan riak risaunya lalu mengangguk kecil. Dia bermain dengan tangannya yang digari di atas meja.

"Jangan takut. Kami bukannya nak bunuh kau, tapi nak tanya soalan je. Tak susah pun soalannya. Tapi, kalau kau tak bagi kerjasama, susah lah jawabnya," balasku tanpa nada dengan muka tidak berperasaannya.

"Adakah anda bersubahat dengan Kamal Hussin atau lebih dikenali sebagai K.H, pengedar dadah yang paling terkenal dalam pasaran gelap?" soalku beku. Tubuh disandarkan pada badan kerusi selepas bertanya. Tangan pula berpeluk tubuh menanti jawapan yang akan keluar dari mulut Aidil.

Aidil diam, tidak menjawab. Matanya pula kekal memandang jari jemari yang bermain sesama sendiri.

Aku memandang Alif. Dia membalas pandanganku dengan riak bekunya. Aku menarik nafas dalam.

"Tak nak jawab? Okey, kita pergi soalan seterusnya. Adakah anda berkerja dengan Khai Halim?" automatik Aidil mengangkat pandangan. Dia tepat memandang mataku yang tajam.

Seakan sedar dia memberi sedikit jawapan, kepala kembali ditundukkan. Aku tersenyum sinis. Silap orang dia ingin bermain reaksi.

"Jadi, berapa lama kau kerja dengan Khai Halim?" tanyaku lagi. Aku masih setia menunggu Aidil menjawab soalan-soalan yang diberi.

"Sila jawab, Encik Aidil," aku masih berlembut walaupun nada suaraku kedengaran beku.

Aidil menggeleng perlahan. Seperti ketakutan untuk berbicara. Aku tidak pasti apa yang ditakutinya. Dengan bicara tubuhnya, aku rasa aku tahu apa yang ditakutinya sekarang.

"Khai, Khai, Khai, Khai," aku seakan tahu apa yang terjadi dan menyebut nama Khai berulang kali.

Semakin laju gelengan Aidil. Tangannya pula semakin lincah bermain antara satu sama lain.

"Khai, Khai, Khai," aku masih mengulangnya tanpa henti. Senyuman sinisku bertukar kepada senyuman seram.

"Ergh, ergh, erggghhh," Aidil mengusutkan kepalanya. Rambutnya ditarik-tarik. Telinga pula ditutup agar tidak mendengar nama Khai disebut lagi.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now