[83] R̶i̶n̶d̶u̶.

51 1 1
                                    

Aku berjalan keluar daripada hospital dan menuju ke taman permainan. Kerusi yang pernah aku dan Aneesa duduk dahulu, didekati.

Aku melabuhkan duduk sambil memandang kanak-kanak yang bermain bersama gelak tawa dan jeritan. Senyuman lebar di wajah mereka menenangkan hatiku yang sedih sedikit.

Memori lama menerjah kembali. Saat aku dan Aneesa membalas kata cinta dalam bahasa isyarat.

Saat aku menyuap Aneesa nasi putih berlauk ayam masak merah. Dan saat aku bercerita tentang Doktor Huda padanya. Gelak tawa yang Aneesa keluarkan masih segar di ingatanku. Senyuman lebarnya juga.

"Hello, jejaka kacak," seseorang menyapaku. Aku melihat anak kecil berbangsa cina yang menegurku. Dia bersama kanak-kanak lelaki yang menolongku memberi bunga pada Aneesa dahulu.

"Hello, princess. Hello, adik. Adik berdua buat apa dekat sini?" soalku lalu menarik mereka untuk duduk di sebelah kanan dan kiriku.

"Main bola. Kita orang tunggu Doktor Aneesa juga. Nenek dan atok semua pun tunggu Doktor Aneesa. Dah lama dia tak jaga kita orang," cerita anak kecil lelaki itu tanpa dipinta.

"Abang buat apa dekat sini?" soal anak gadis dengan riak hairan.

"Tenangkan fikiran sekejap," balasku bersama senyuman manis.

"Mana Doktor Aneesa, bang? Abang kan suami doktor, mesti abang tahu," anak kecil lelaki itu berkata dengan harapan yang dia dapat berjumpa Aneesa.

"Doktor sibuk. Adik-adik doakan doktor supaya diberi kesihatan yang baik selalu dan dilancarkan segala urusan. InsyaAllah, doktor boleh main dengan adik-adik. Boleh?" kataku dengan mengusap kepala anak kecil lelaki itu.

"Boleh! Nanti kita orang doakan ramai-ramai," semangat adik itu menyahut. Aku tersenyum manis.

Mereka terus berlalu selepas jururawat yang menjaga mereka memanggil. Aku melambai, membalas lambaian mereka.

'Semua rindukan sayang. Sayang kena kuat ye. Semua tunggu sayang bangun,' bisikku di dalam hati.

Setelah hati sedikit tenang, aku bangun dari duduk dan berjalan ke bilik wad yang menempatkan Aneesa serta Adeeb.

♡︎𓆉︎ 𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲  ☕︎♡︎

3 bulan berlalu...

"Sadaqallahula'zim," bacaan dihabiskan dengan tenang. Mata yang ditutup sambil mengaji tadi dibuka semula.

Wajah lena Aneesa dipandang sayu. Sudah 3 bulan Aneesa koma. Hingga sekarang dia tidak bangun.

Sudah ramai penderma darah menderma darah mereka kepada Aneesa tetapi doktor mengatakan bahawa Aneesa memerlukan lebih sedikit lagi darah.

"Sayang. Sayang tak nak bangun ke? Abang rindu sayang sangat-sangat. Abang nak peluk sayang. Abang nak bercerita dengan sayang. Abang nak tengok senyuman sayang. Bangunlah, sayang. Abang ada berita nak bagitahu sayang. Tapi, sayang kena bangun dulu tahu?" ujarku dengan tangisan yang ditahan. Aku tidak ingin menangis lagi.

Aneesa pasti akan memarahiku jika aku nangis untuk dia. Walaupun dia tahu aku nangis disebabkan aku sayang padanya, dia tetap akan marah. Bahkan, orang sekelilingnya menangis kerana Aneesa juga dia tidak suka.

Pintu yang dikuak kedengaran. Aku memandang gerangan yang membuka pintu wad milik Aneesa ini.

Puan Sofiya dan Tuan Arshad tersenyum manis memandangku dan masuk ke dalam wad bersama bekal makanan di tangan.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now