[1] K̶i̶n̶d̶e̶r̶ B̶u̶e̶n̶o̶

190 8 7
                                    

[Aryan's POV]

12 tahun kemudian,

"Along, aku nak keluar ni. Pergi kedai. Kau nak kirim apa-apa tak?" soal Aneesa kepada Adeeb yang sedang berborak dengan sahabatnya.

Adeeb, abang sulung Aneesa terus memandang Aneesa yang sedang menunggu jawapan.

"Hmm, tak nak lah. Kau nak apa-apa tak, Ary?" soal Adeeb pada sahabatnya.

"Tak apa lah," tolakku sopan.

Mata memandang adik Adeeb yang manis itu. Ditilik atas hingga bawah.

'Hmm, menutup aurat. Astaghfirullah, Ary. Apa kene dengan kau ni?' Aku terus memandang ke arah lain sambil beristighfar.

"Okey. Pergilah. Bawa motor elok-elok," pesan Adeeb.

Aneesa langsung tidak memandang aku. Setelah itu, dia terus keluar dari rumah untuk menuju ke kedai runcit.

"Adik kau yang mana tu,Deeb?" soalku berhati-hati. Adeeb ni bukan boleh. Karang dibahannya aku.

"Adik aku yang masih study. Cuti sem balik sini lah. Tak lama lagi nak grad dah," jelas Adeeb tanpa sebarang syak.

Aku hanya mengangguk kepala berkali-kali. Kami berborak ringkas tentang tahfiz yang kami usahakan dan hal lain lagi.

         ♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

[Aneesa's POV]

Gelak tawa kami membuatkan Adeeb dan Aryan serentak mengalihkan pandangan ke arah pintu utama. Aku dan Najwa menapak masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum..." ucapku dan Najwa serentak selepas tawa diberhentikan.

"Waalaikumussalam," jawab Adeeb dan Aryan hampir serentak.

"Beli apa, ngah?" soal Adeeb ketika aku mendekatinya.

"Aiskrim. Ngidam pula. Dah lama tak makan," balasku sambil mengeluarkan aiskrim Walls Tealive dari dalam plastik lalu ditunjukkan pada Adeeb.

"Nah, ambil. Aku belanja," aiskrim itu dihulurkan pada Adeeb.

"Tak nak lah, manis," tolak Adeeb sambil membuat muka.

"Ambil!" paksaku lagi.

Mata dibesarkan. Acah-acah garang. Nak tak nak Adeeb mengambil juga. Jangan cari fasal dengan aku ni. Tinggal satu Jumaat karang. Aryan ketawa di dalam hati.

"Kau pun ambil," Najwa juga dipaksa.

"Tapi--"

"Ambil!" tak sempat Najwa membantah, aku tetap memaksa. Orang dah belanja tak nak pula.

"Nah," Aryan turut diberikan. Ragu-ragu Aryan mengambil sambil memandang aku dan aiskrim bersilih ganti.

"Rezeki jangan ditolak, bang," paksaku lagi. Laju-laju Aryan mengambil.

Aku hanya memandang Aryan sekilas.'Jodoh orang tu. Jangan pandang lama-lama.'

"Terima kasih," ucap Aryan lembut. Jantungnya berdegup kencang.

'Ya Allah,apa ni?' bisik hati Aryan.

"Sama-sama. Nampak,dia je cakap terima kasih. Kau orang tak pun..." balas aku yang acah berkecil hati. Muka dibuat-buat sedih.

"Terima kasih,Aneesa!!" ucap Najwa dan Adeeb serentak. Mata dijulingkan ke atas tanda menyampah.

Gembira aku. Tangan ditepuk beberapa kali. Aryan tersenyum manis melihat telatah aku. Aku jeling guna ekor mata sebab tu aku tahu.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now