[62] B̶e̶t̶t̶e̶r̶.

19 1 0
                                    

Aryan telah pulang semula ke rumah Tuan Aryan beberapa hari lalu. Aku yang tinggal seorang diri disini hanya membuat kerja-kerja bosan.

Hampir setiap hari Aryan akan menelefonku dan membuat panggilan video. Tidak ingin mematikan panggilan langsung.

Jadi, aku hanya menyandarkan telefon di satu tempat yang membolehkan Aryan melihat perbuatanku.

Dia hanya tertawa jika aku baran dengan barang-barang yang tidak memberikan kerjasama. Melihat dia tertawa sakan, aku juga turut tertawa.

Kekadang lelah melayan lawak dungu dan celoteh dia yang tidak pernah membuatku kering gusi. Ada saja akal dia nak bagi aku gelak.

Sambutan hari jadi anak buah Aryan, Iman hampir dekat. Aryan tidak berhenti tanya sama ada aku pergi atau tidak. Aku hanya menjawab yang aku tidak pasti kerana jadualku amat padat minggu ini.

"Beautiful...," panggil Aryan meleret. Kami sedang membuat panggilan video.

Dia hanya menongkat dagu memandang aku yang tekun memasang lego hingga malas menyahut panggilannya.

"Beautiful...," panggil Aryan sekali lagi. Aku malas menyahut kerana masih tekun dan gigih memcantumkan lego.

"Beautiful!" panggilnya kuat sedikit. Muka sudah geram kerana aku tidak menyahut. Hilang keanggulan dia tadi.

"Apa?" soalku dengan gelak yang masih tersisa. Perut dipegang. Senak ketawa.

"Orang panggil tak nak nyahut pun. Baik orang cakap dengan tunggul. Tunggul pun reti nyahut bila angin panggil dia," rajuk Aryan dengan muka masamnya.

Aku terkaku. Hairan. "Macam mana tunggul nyahut?" soalku dengan muka yang betul-betul hairan.

"Orang beriman je dengar," balas Aryan selamba. Senyuman kambing ditayangkan.

"Lahh," aku sambung mencantumkan kesemua lego yang masih tersisa.

"Sayang tak balik ke nanti?" soal Aryan seakan merayu.

"Tak tahu lagi. Kalau nampak batang hidung sayang dekat rumah mama, maksudnya sayang ada lah tu. Kalau tak nampak, tak pergi lah," balasku tanpa memandang kamera telefon.

"Alahhh. Nanti perempuan gedik tu kacau lah. Rimas tahu tak? Eey," muka jijik Aryan tunjukkan bersama gaya gelinya sekali.

Aku tertawa lagi. Ada-ada je suami aku ni. Pelbagai sifat dia aku kenal lepas kahwin dengan dia.

"Jangan lah layan dia. Kalau abang berlembut dengan dia, memang dia naik lemaklah. Nanti abang lari je dari dia. Ikut mama ke, ikut kak ngah ke. Duduk dapur pun boleh. Asal jangan dekat dengan dia," pesanku sengaja. Idea yang kurang bijak sebenarnya tapi sengaja ingin berceloteh dengan Aryan.

"Waduh. Tak kan nak duduk dekat dapur? Nanti orang cakap abang macam-macam pula. Dan dekat dapur semua perempuan. Tak mustahil yang dia akan duduk situ juga. Lepas tu berlagak rajin. Eey," bebel Aryan geram. Muka geram semua ditayangnya.

Aku tertawa lagi. Salah satu sikapnya yang aku suka adalah, ini. Bebel dan ngumpat dengan aku. Astaghfirullah.

"Abang duduk dekat para pakcik-pakcik. Nanti dia tak kacau lah tu. Biar dia terasa bila pakcik tu jeling dia," aku memberi idea lagi. Terhibur sebenarnya dengan idea sendiri.

"Ish, tak boleh. Dia tu dah hilang malu. Tak kisah dah pakcik ke makcik ke semua dia abaikan. Asal dia gembira sudah. Hshs," Aryan menyembamkan mukanya di meja. Stres sungguh gayanya.

"Alololo, kesian dia. Kalau sayang rajin, sayang datang ye," selorohku sengaja. Bibir dikemam, menahan gelak yang hampir terletus.

Aryan mengangkat kepalanya dan memandang aku tajam. Aku hanya beriak selamba. Relaks.

"Dah lah. Abaikan je. Tak payah fikir fasal minah tu. Sekarang ni abang nak nyanyi untuk sayang. Nak dengar?" soal Aryan dengan muka cerianya kembali.

"Nyanyi je lah," aku pasrah. Bukan ada pilihan lain pun. Biar saja dia menyanyi.

"Ehem, ehem," Aryan membetulkan kotak suaranya. Aku memandang Aryan atas bawah. Amboi, bukan main lagi.

Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir. Menyuruh aku diam sahaja. Aku pasrah yang amat.

"I won't lie to you,
I know he's just not right for you,
And you could tell me if I'm off,
But I see it on your face,
When you say that he's the one that you want,
And you're spending all your time in this wrong situation,
And anytime you want it stop,
I know I can treat you beter,
Than he can,
And any girl like you deserves a gentleman,
Tell me why are we wasting time,
On all your wasted crime,
When you should be with me instead,
I know I can treat you better,
Better than he can,
I'll stop time for you,
The second you say you'd like me too,
I just wanna give you the loving that you're missing,
Baby just to wake up with you,
Would be everything I need,
And this could be so different,
Tell me what you want to do,
Cause I know I can treat you better,
Than he can,
And any girl like you derserves a gentleman,
Tell me why are we wasting time,
On all your wasted crime,
When you should be with me instead,
I know I can treat you better,
Better than he can,
Better than he can,
Give me a sign,
Take my hand we'll be fine,
Promise I won't let you down,
Just know that you don't have to do this alone,
Promise I'll never let you down,
Cause I know I can treat you better,
Than he can,
And any girl like you deserves a gentleman,
Tell me why are we wasting time,
On all your wasted grind,
When you should be wtih me instead,
I know I can treat you better,
Better than he can,
Ohhh, better than he can,
Better than he can."

Nyanyi Aryan dengan suara garaunya yang merdu didengar oleh telingaku. Aku hanya mengikut rentak nyanyiannya.

"Yeayyy," aku menepuk tangan. Bangga dengannya.

Dia menayangkan muka poyonya lalu menunjuk jawlinenya yang tajam itu. Aku hanya tertawa melihat itu.

"Riak eh kau," marahku manja. Dia tersenyum kambing.

"Dengan kau jerr," Aryan menukar gayanya kepada gaya slay.

Random sungguh suami aku ni. 1001 satu gaya dia boleh tukar dalam satu masa ni. Haish.

"Abang akan cuba buat yang terbaik untuk sayang," janji Aryan dengan muka seriusnya.

Aku tersenyum lembut. "Tahniah. Abang mampu buat sayang gembira sekarang," ucapku jujur. Dia je yang buatku gembira tika ini.

Najmi hanya reti buat aku baran dan gembira dalam satu masa tetapi aku minta dia untuk fokus kepada Najwa dan bakal anak mereka.

Abangku, Adeeb. Aku juga memintanya untuk fokus kepada Sabreen dan bakal anak mereka.

Jikalau tiada Aryan disisiku kini, aku pasti akan pergi ke tempat lain. Mencari ketenangan sendiri. Memikir nasib sendiri dan memendam rindu-rindu yang terkubur di lubuk hati.

"Abang akan kekalkan penghargaan tu sampai akhir hayat abang," kata Aryan yakin. Dia menunjukkan jari kelingkingnya dan didekatkan dengan kamera telefon.

Aku turut membuat perkara yang sama. Membalas janjinya. Aku harap dia tidak sama seperti 'mereka'.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now