[67] W̶a̶r̶i̶s̶.

29 1 0
                                    

P/s: jangan risau. Tak pain pun. Saya masih belajar nak buat pain pain ni.

--

Disebabkan kerja kami masih belum selesai, perhubungan jarak jauh masih berjalan dengan lancar.

Sudah tiga hari selepas aku pulang dari kediaman Tuan Arshad. Tentulah ada drama sebelum aku pulang daripada Aryan.

Dan dalam masa tiga hari ini, jadualku sungguh padat. Tetapi, aku masih mengangkat panggilan telefon Aryan yang menelefonku hari-hari demi mengaburi Aryan.

Salah satu perkara yang membuatkan aku sibuk adalah Khai. Ye, aku sedang membantu dia untuk keluar dari masalahnya sendiri dan dibantu oleh Najmi.

Aku lebih banyak meluangkan masa di bilik bawah tanah demi menyelesaikan kes Khai dan kes-kes yang lain.

Papan putih yang digantung di dinding sudah penuh dengan tulisan burukku dan gambar-gambar yang berkait dengan Khai.

Tanganku lincah mencatat maklumat-maklumat dari papan putih ke buku catatan. Mukaku juga tidak kalah serius.

Kelalang kon dan radas-radas lain di hujung bilik bawah tanah ini terisi dengan pelbagai cecair. Ada juga kelalang kon yang mengeluarkan asap nipis.

Terkejut aku tatkala telefonku berdering dengan kuat. Aku melilaukan pandangan mencari keberadaan telefonku. Bunyi ada, telefonnya hilang.

Aku menajamkan pendengaranku. Kertas-kertas yang berselerak di atas meja diangkat satu per satu. Telefonku berada di dalam timbunan kertas yang mempunyai pelbagai maklumat penting.

"Helo," aku menyapa terlebih dahulu selepas panggilan diangkat.

"Assalamualaikum, waris Haji Akram?" suara seorang wanita kedengaran.

"Iye, saya. Kenapa?" aku menyoalnya kembali dengan kerutan di dahi. Buku catatan dan pen diletakkan semula di atas meja.

"Maafkan saya, puan. Keadaan Haji Akram sudah semakin merosot. Boleh puan datang untuk menanda tangan agar kami boleh melakukan pembedahan?" lapor wanita itu tenang.

Aku terpaku sebentar. Cuba mencerna setiap bait katanya. Abah sedang nazak ke maksud dia?

"Puan?" suara wanita itu menyedarkan aku dari lamunan kecil tadi.

"Iye saya. Okey, nanti saya datang," jawabku gelabah.

Aku terus meletakkan panggilan selepas pamitan dari wanita itu kedengaran. 

Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke tingkat atas untuk mengambil barang yang penting.

Setelah mengambil semua, aku berlari lagi untuk turun ke bawah. Telefon yang dipegang oleh aku menelefon Adeeb.

"Helo, ngah," sapa Adeeb terlebih dahulu.

"Long. Abah. Kau datang hospital sekarang," arahku laju. Nafas yang laju diabaikan. Aku terus turun sahaja dari tangga.

"Kenapa dengan abah?" soal Adeeb gelabah. Suaranya juga sudah bertukar cemas.

"Datang je. Nanti kau tahu," aku terus mematikan panggilan selepas berkata begitu.

Kunci motor dah helmet dicapai. Laju aku memakai helmet dan menghidupkan enjin motor.

Aku memulas laju throttle motor. Mencapai kelajuan 400km/j sahaja. Tak ada lah laju mana.

Tiba di hospital, aku membuka helmet dan diletakkan sahaja di atas tangki minyak motor.

Aku berlari laju ke tingkat yang menempatkan Haji Akram. Aku mencari kelibat jururawat yang bertugas di situ.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now