[29] H̶a̶r̶i̶ i̶n̶i̶.

46 2 0
                                    

"Abang... segan lah. Buat esok jelah," ujarku selamba. Aku memandang tepat pada bebola mata milik Aryan.

"Eh, apa sayang ni? Jangan mengarut lah. Kita dah sampai depan pintu dah pun. Don't worry. Abang ada di sisi sayang, kan?" soalnya lembut. Membalas pandangan aku.

Suara marah Najwa membuatkan kami serentak memandang ke belakang. Najwa sedang protes dengan Najmi. Lantak kau orang lah.

Melalui isyarat mata aku memberi arahan kepada dua anak buahku yang menjaga pintu ballroom. Anggukan diberi tanda mengerti.

"Ready?" soal Aryan lembut lagi dan lagi.

Haish, penat lah nak cair. Tolonglah jangan lembut saja. Cair tahu tak? Aku simpan senyum dalam hati. Ditunjuk tangan yang berpeluh hebat seraya mencebik.

"Alololo. Tak apa sayang. Abang ada," Mak aiii..soft spokennya...!

"We're ready," ujar Aryan kepada dua pembantu aku yang ditugaskan untuk mejaga pintu.

Suara garau yang mampu buat aku dua kali ganda cair digunakannya.

Kami melangkah masuk ke dalam ballroom dengan tenang. Semua mata memandang ke arah kami.

Lengan Aryan aku genggam dengan lebih kuat sambil menahan wajah untuk menunduk.

Malunya...

Senyuman manis diberikan. Tak nak rosak gambar je. Terpegun semua dengan senyuman aku.

Aduh, ni lah sebab tak nak senyum manis. Nanti orang tengok macam nak terkeluar biji mata.

Bunyi kamera bermain peranan. Semua merakam. Tak nak melepas detik-detik dua jejaka kacak yang berjawatan CEO dan dua gadis beku yang terkenal dalam dunia penyelamat berkahwin.

Tema islam menjadi pilihan mereka. Disebabkan itu bacaan selawat bergema di dalam satu ballroom. Non-muslim ikut tenang juga tatkala mendengar bacaan selawat. Sejuk saja.

Bukan selalu nak tengok aku dan Najwa tersenyum manism. Selalunya senyuman tipis sahaja.

Dalam media sosial Najwa pun begitu. Gambar senyuman tipis atau tutup mulut. Nak lebih tak nampak muka terus.

Tiba sahaja di atas pelamin, Aryan membantu aku membetulkan gaun biru cair dan lace agar aku selesa untuk duduk. Belum lagi aku duduk, aku suruh dia duduk dahulu.

"Abang duduk dulu," arahku.

"After you, sayang," balas Aryan lembut.

"No, abang duduk dulu. Cepatlah. Segan ni..." gesaku dengan menolak Aryan untuk duduk dahulu.

Aku memang akan dahulukan orang dulu sebab kita risau nak duduk. Kalau tak ada apa-apa baru aku duduk gitu.

"Haish kau ni. Buat malu saja lah. Kau duduk sekarang," marah Najwa yang memerhati dari tadi.

Ditariknya aku hingga terduduk. Nak gaduh dekat rumah lah. Apabila aku memandang ke hadapan;

"Allah. Ramainya...Halahalahal," berusaha aku mencari tempat untuk menyembunyikan muka.

Aryan tergelak kecil dengan perwatakan Aneesa.

"Comellah sayang bila malu. Gigit kang," usik Aryan nakal.

Hilang malu aku untuk seketika. Dipandang Aryan dari atas hingga bawah kemudian side eye.

"Wowowo... Tajamnya jeling kita," galak si Aryan mengusik.

"Abang jangan suka-suka sangat eh. Ada yang makan penampar karang," jelingan tajam buat kali kedua aku hadiahi.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua tetamu yang hadir. Saya, Qirana akan menjadi emcee bersama rakan saya hari ni," mukadimah diberikan.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now