[77] J̶a̶e̶c̶a̶r̶.

30 2 0
                                    

POV ARYAN.

-----
Aku duduk di sofa bersama bantal segi empat sama di dalam pelukan. Alat kawalan televisyen ditekan-tekan. Mencari drama yang menarik untuk ditonton.

Kepala digerakkan memandang pintu utama. Sudah kali ke berapa aku melihat pintu utama pun aku tidak tahu. Banyak kali rasanya.

Aku tetap menunggu Aneesa pulang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Tak kan lah waktu ini masih belum pulang lagi?

"Baik aku keluarkan cheesekut dari dalam peti dulu. Tak ada lah nanti dia makan keras. Biarkan lembut baru nikmat," omelku seorang diri seraya bangun dari duduk.

Peti sejuk dibuka. Satu bekas cheesekut dibawa keluar dan dibiarkan di atas meja pulau. Tersenyum aku melihat bekas yang terletak elok itu.

Membayangkan senyuman Aneesa tatkala pulang sebentar lagi dan melihat cheesekut kegemarannya ini.

Aku bergerak ke bilik utama. Ingin membersihkan diri sebelum menyambut bidadari pulang. Malu pula bila difikirkan detik aku menyambutnya pula sebentar lagi.

♡︎𓆉︎ 𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲  ☕︎♡︎

Aku keluar dari bilik air dengan tubuh yang sudah siap bersarung baju T kosong dan berseluar kotak-kotak.

Telefon yang berdering sejak aku masih di dalam bilik air diambil. Aku mengerutkan dahi mendengar deringan dan notifikasi mesej yang masuk.

Nama Najwa tertera di notifikasi telefon. Kata kunci dimasukkan dan aku mulai baca mesej yang dihantar oleh Najwa dan Adeeb.

------

Kau dekat mana, Ary?
Adeeb Sufyan ☆

Ary! Datang markas sekarang!
Najwa Raihana ☆

------

Dua mesej itu saja mampu membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku segera berlari menuju ke garaj kereta.

Kunci motor yang tergantung di papan letak kunci dicapai laju. Deringan panggilan masuk mulai kedengaran. Laju aku mengangkat panggilan.

"Kau kat mana?" soal Adeeb dengan nada cemas.

"Aku baru perasa mesej kau orang. On the way pergi markas," balasku laju. Selipar disarung dan motor berkuasa laju milik Aneesa didekati.

"Baik. Cepat sikit!" gesa Adeeb. Aku terus mematikan panggilan tanpa pamit.

"Maafkan abang, sayang. Abang terpaksa pinjam baby sayang. Abang janji abang jaga dia baik-baik," omelku seraya menyarung topi keledar.

Motor dihidupkan dan throttle dipulas terlebih dahulu. Bunyi kegemaran Aneesa kedengaran. Aku tersenyum sinis. Sedap bunyinya. Padanlah Aneesa suka.

Motor dibawa dengan kelajuan tinggi. Aku sudah mahir membawa motor dengan gila hasil ajaran Aneesa sendiri. Salahkan dia tau.

Setiba di markas, aku terus turun dari motor yang hanya diparkir di hadapan markas. Aku berlari laju ke bilik mesyuarat yang kerap menjadi tempat kami berlepak.

Lif ditekan berkali-kali agar cepat dan laju saja pintu lif terbuka. Aku menunggu di dalam kotak lif dengan sabar. Terbuka saja pintu lif, aku terus berlari anak ke bilik mesyuarat.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now