[50] D̶a̶t̶i̶n̶.

43 2 0
                                    

Kami tiba dia bangunan syarikat milik Datin Shahrani. Besarnya lah dia punya syarikat ni. Cantik pula tu.

"Encik Aryan?" seorang perempuan yang ayu berbaju kurung menegur kami.

Cantik lah perempuan ni. Tudung bawal dengan baju kurung. Cermin mata. Pergh.

"Ye saya," jawab Aryan sopan.

"Saya Lika. Mari ikut saya. Datin dah tunggu di bilik pejabatnya," pelawa Lika. Dia berjalan terlebih dahulu.

Cantik wei si Lika ni. Agak-agak dah berpunya belum. Aku nak culik dia. Hehehe.

Kami membontoti Lika. Kami keluar dari kotak lif apabila pintu lif terbuka di tingkat teratas.

Lika mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Kedengara suara seseoarang memberi keizinan untuk masuk.

Aryan yang setia memimpinku dari tadi menarik tangan aku untuk mengikutnya sekali.

Lika tolong menutup pintu selepas kami masuk ke dalam. Kelihatan seorang wanita duduk di kerusi kerja itu.

Ayu orangnya. Nampak aura-aura datin dekat situ. Berpakaian baju kurung maroon sedondon dengan tudungnya.

"Aryan Shahmy?" soal Datin Shahrani seperti inginkan kepastian.

"Ye, saya," jawab Aryan mesra. Senyuman ikhlas ditayangkan.

"Ini siapa?" tanya Datin Shahrani dengan tangan diunjukkan padaku.

"Ouh, lupa nak kenalkan. Ni isteri saya. Dat-" aku mencubit belakang Aryan sedikit. Tanda jangan bagitahu dahulu.
Muka Aryan menahan sakit.

"Maafkan saya. Aneesa Shakeela. Isteri Aryan Shahmy," Aryan memperkenalkan dengan lagak gentleman.

"Aneesa," aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Datin Shahrani. Senyuman ikhlas juga aku tayangkan.

"Selamat berkenalan," dia membalas bersama senyuman manisnya.

"Eh maaf. Berdiri pula kita. Mari duduk di sana," ajak Datin Shahrani seraya menunjuk satu set sofa di hujung bilik pejabatnya ini.

Aryan tersenyum lalu mengangguk. Tanganku ditarik untuk mengikutinya. Penat lah kena tarik-tarik ni.

"Ada apa ye nak jumpa saya ni? Nampak macam mustahak," Datin Shahrani memulakan perbincangan.

Aku dan Aryan berpandangan. Aryan mengangguk untuk menyuruh aku ketuai perbincangan ini.

"Saya bekerja dalam satu agensi keselamatan rahsia di bawah kerajaan. Saya bagitahu awal-awal supaya Datin tak salah sangka," aku bermukadimah.

Satu kad aku hulurkan padanya. Datin Shahrani mengambil dan membelek kat tersebut. Kad namaku dalam agensi tersebut.

"Jadi, apa kena mengena dengan saya?" soal Datin Shahrani tidak mengerti.

"Datin ada anak, bukan?" tanyaku untuk kepastian.

Kelihatan Datin Shahrani tersentak. Mesti tak menyangka aku akan bertanya soalan begitu. Aku pasti jawpannya adalah, ya.

Teragak-agak Datin Shahrani ingin mengangguk. Mukanya juga sedikit berubah.

"Boleh Datin cerita dahulu tentang pemergian anak Datin?" aku meminta izin. Kenapa gaya aku bercakap macam soal siasat penjenayah ni? Haih.

"25 tahun lalu, saya berkahwin dengan seorang anak bangsawan. Kami bercinta 3 tahun sebelum berkahwin. Dalam waktu 3 tahun tu, dia kena ambil alih syarikat bapanya. Saya yang ada waktu dia jatuh dan waktu dia berjaya," cerita Datin Shahrani lemah.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now