[80] M̶a̶n̶g̶s̶a̶.

25 1 2
                                    

"Suprise," lelaki separuh umur itu berkata dengan senyuman sinisnya.

Aku membalas senyuman sinisnya. Kepala ditunduk sedikit. Memerli lelaki yang hampir sebaya dengan Tuan Arshad.

"Selamat datang, Puan Aneesa," sinis saja nada lelaki itu.

"Terima kasih, Kamal Hussin," nadaku tidak kalah sinis memerli Tuan Kamal.

"Macam mana? Selesa duduk sini?" soal Tuan Kamal seraya memandang sekeliling bilik kecil ini.

"Tak sebenarnya tapi tak mengapa. Saya perlu memahami keadaan kewangan Tuan Kamal yang tidak stabil. Hanya mampu tempatkan mangsa di bilik kecil saja," perliku dengan memandang sekeliling bilik. Kemudian, aku memandang Tuan Kamal semula.

"Tak guna," Tuan Kamal ingin mendekat tetapi dihalang oleh anak buahnya dibelakang tadi.

"Wow, baran ye. Koyak," ayat terakhir diperlahankan tetapi mereka tetap mendengar. Sengaja aku berkata begitu. Ingin memarakkan api yang sedia marak.

"Eh, semua ni tak akan jadi kalau bukan disebabkan kau lah, Aneesa!" marah Tuan Kamal dengan muka bengis. Aku menayangkan muka tidak percaya.

"Jadi, kau nak cakap semua ni salah aku lah?" aku menyoal dengan nada tenang. Kesabaranku masih lagi dikawal.

"Ye! Kalau bukan disebabkan kau, hidup aku tak kan hancur lah!" Tuan Kamal meninggikan suaranya bersama muka bengis.

"Aku? Aku? Cermin diri kau lah, Kamal. Semuanya disebabkan kau tahu? Jangan nak tunding jari lepas buat salah," nadaku masih tenang tetapi ada sinisnya. Aku tiada tenaga yang banyak untuk menjerit. Aku ingin menyimpan tenaga.

"Eh, perempuan," Tuan Kamal menarik sanggulku yang dilitupi tudung kebelakang. Membuatkan kepalaku mengadah ke atas. Anak matanya tepat memandang anak mataku.

"Kalau kau tak kacau perniagaan aku, semuanya tak kan terbongkar lah!" sambung Tuan Kamal lalu menolak kepalaku kasar. Dia kembali berdiri seraya bercekak pinggang.

"Terbongkar? Nampak sangat semuanya ni salah kau. Kalau kau tak berniaga benda haram, benda ni tak kan terbongkar. Jangan nak acah mangsa lah, Kamal," jawabku dengan muka bengis. Penat bertengkar dengan orang tua ni.

"Engkau yang acah mangsa, Aneesa!" teriak Tuan Kamal lalu menumbuk dinding di tepinya sekali.

Aku memandangnya dengan muka sinis. Tawa kecil terlepas dari mulutku. Masih ingin berpura yang dia mangsa? Kelakar.

"Selama ni, semua orang tunduk pada kau kan? Sampai tak ada seorang pun tegur atau buka mata kau. Aku. Biar aku yang tegur dan buka mata kau," balasku kasar. Nada ditegaskan. Ingin membuka mata Kamal Hussin ini.

♡︎𓆉︎ 𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

ARYAN POV

---

Aku dan yang lain duduk mengelilingi meja mesyuarat sambil mendengar rakaman suara antara Aneesa dan Kamal Hussin.

"Terbongkar? Nampak sangat semuanya ni salah kau. Kalau kau tak berniaga benda haram, benda ni tak kan terbongkar. Jangan nak acah mangsa lah, Kamal."

"Apa maksud Erma? Dari segi percakapannya seakan dia tahu apa yang terjadi selama ni je," tekaku dengan riak wajah hairan.

"Aku dah kata, Erma kalau dia ada firasat buruk, sampai lubang cacing dia cari puncanya. Jadi, tak pelik lah dia sudah tahu semuanya dari dulu lagi," balas Alif tenang. Aku mengangguk sekali.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now