[26] L̶u̶a̶h̶a̶n̶.

42 2 0
                                    

Selesai mengaminkan doa, kami meraup muka dengan kedua tapak tangan. Surah yassin juga turut dibaca.

Tikar jerami digulung. Adeeb dan Sabreen pergi ke kereta selepas puas menatap kubur tokki Adeeb dan aku.

"Aku tunggu dekat kereta tau," ujar Adeeb kepada aku yang sedang merenung kubur tokki.

Tiada jawapan daripada aku. Aryan pergi meninggalkan aku sendirian.

'Assalamualaikum tokki! Sorry sebab lama tak lawat. Kak ngah kahwin, kan? Tokki nak tahu tak, kak ngah happy sangat. Sebab Allah dah makbulkan permintaan kak ngah selama 12 tahun ni. Aryan dah jadi suami sah kak ngah. Kak ngah bahagia sangat. Akhirnya, kak ngah bebas! Tokki doakan kak ngah, tahu? Lagi satu, cucu kesayangan tokki bakal jadi bapa! Setelah 3 bulan, dia orang bakal jadi parents. Mesti tokki bangga kan sebab ada cicit. Mesti tokwan gembira sebab cicit first. Mesti ramai orang sayang budak tu. Sampai saja yang kedua, diketepikan. Tak apa lah. Lumrah hidup. Sekarang kak ngah bertambah penat. Kene jadi dokter, jadi pemberkas jenayah, jadi dokter cinta dan isteri mithali. Tapi tak apa. Kak ngah dah biasa and kak ngah nak tengok semua happy di hujung cerita biarpun bukan di sisi kak ngah. Okey lah. Kak ngah pergi dulu. Jangan lupa doakan kebahagiaan kita orang tahu? Bye, kak ngah sayang tokki!!' Luahku sebak di dalam hati.

Muka beriak kosong tetapi dalam hati hanya aku yang tahu. Diusap-usap kubur tokki itu. Jika tidak boleh meluah pada seseorang, tokki lah yang akan dicarinya.

Dengan hati yang berat, aku melangkah keluar dari tanah perkuburan. Sempat senyuman nipis dihadiahkan buat penjaga tanah perkuburan itu. Aku memboloskan diri ke dalam perut kereta.

         ♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

[Aryan's POV]

"Dia buat apa, Deeb?" soalku yang masih memandang si isteri di sebelah kubur tokkinya.

"Mana lah aku tahu. Kalau aku tahu dah lama aku bagitahu," balas Adeeb malas.

"Dia selalu ke datang sini?" soalku lagi tanpa memandang Adeeb.

"Tak tahu, bro," jawab Adeeb malas lagi.

Aku pasrah. Nanti lah aku tanya Aneesa. Selepas 5 minit Aneesa termenung di sebelah kubur, dia bangun dan melangkah ke kereta.

Aneesa melangkah ke dalam kereta dengan senyuman tipis. Ringan sikit dia merasa selepas meluah.

Setiba di rumah, laju Aneesa melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak ditunggu suaminya ini.

Aku memandang Adeeb. Isyarat mata yang bermaksud 'dia kenapa?' Adeeb mengangkat bahunya sebagai balasan.
Kami melangkah masuk ke dalam rumah.

Abah dan umi disapa lalu bersalam. Terus aku meminta izin untuk masuk ke dalam bilik setelah berborak ringkas.

Bunyi pancuran di dalam bilik air. Aneesa sedang mandi. Badan direhatkan di atas katil, menunggu Aneesa selesai membersihkan diri.

"Are you okey?" soalku sejurus Aneesa keluar dari bilik air dengan berbaju tidur kain nipis dan lembut bercorak Mickey Mouse.

'My wife so sexy!'

"Okey. Why?" soal Aneesa kembali menyentakkan aku yang merenung Aneesa itu.

"Lepas balik kubur, kau diam je," jelasku perlahan.

"Ouh... fasal tu. Tak ada apa-apa lah. Biasa lah tu. Tak kan balik kubur gembira pula? Tak ke gila namanya tu," seloroh Aneesa yang sedang menutup rindu di hati.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now