[63] S̶i̶a̶p̶a̶?

19 1 0
                                    

Hari demi hari berlalu. Aryan masih tidak putus asa untuk membuat aku jatuh cinta padanya. Kesian pun ada sebab di sahaja yang berusaha. Aku langsung tidak menolong.

Aku tidak tahu mengapa aku tidak boleh jatuh cinta dengannya. Ya, selama aku berkahwin dengannya, aku tidak dapat merasai cinta itu.

Selama 12 tahun, mungkin aku hanya minat dan suka padanya. Cinta itu aku tidak dapat merasai lagi. Atau aku yang tidak kenal apa itu cinta?

Haih, tidak mengapalah. Lagi pun aku masih tidak bersedia untuk menaruh cinta aku pada seseorang. Walaupun, Aryan sudah menjadi suami aku yang sah. Maafkan aku, Aryan.

Aku tidak boleh biarkan dia berjuang sendiri. Aku mesti tolong. Perkahwinan tidak akan kekal jika satu pihak sahaja yang beria. Dua-dua pihak memainkan peranan yang penting.

Aku melihat jam di dinding selepas termenung memikir segalanya. Jam menunjukkan pukul 11 malam.

Aku bosan sebenarnya. Aryan pula sudah diulit mimpi di dalam panggilan telefon. Tak boleh dengar dia borak lagi. Selalunya dia akan bercerita hingga ke lewat malam.

Mungkin hari ini hari yang memenatkan baginya. Masalah syarikat hampir selesai tetapi dia masih tidak boleh pulang.

Aku bangun dari duduk dan bergerak ke bilik pakaian. Lebih baik aku berjalan di malam hari ini. Rumah besar tapi aku seorang saja yang ada.

Aku membawa sedikit pakaian untuk berjalan. Bawa yang ringkas-ringkas sahaja seperti tudung sarung, hoodie dan seluar trek.

Aku menukar baju tidurku dengan hoodie hitam milik Aryan serta seluar palazo hitam. Tudung sarung juga berwarna hitam. Sling bag hitam milikku dicapai. Barang-barang yang berada di beg tanganku dipindahkan ke dalam beg tersebut.

Aku turun ke bawah bersama beg galas yang terisi baju. Suis rumah semua ditutup. Tiada orang di rumah kan. Kena lah tutup supaya tidak membazir.

Kunci motor diambil. Ingin mencari ketenangan sekali. Bawa motor baru seronok. Angin malam menyapa kulit.

Pintu utama rumah dikunci rapat. Garaj motor pula dituju. Motor Yamaha R1 dihidupkan. Aku mulai naik ke atas motor. Helmet disarungkan ke kepala.

Visor ditutup. Throttle dipulas dan menghasilkan bunyi yang sungguh syahdu di telingaku.

Haip, jangan bising sangat. Jiran tengah tidur. Aku memulakan perjalananku dengan kelajuan sederhana.

Pagar kediaman rumah dilepasi dan aku memandu di jalanan bertepikan pantai. Angin pantai menyapa kulitku lembut. Sejuk angin malam ini.

Tiba dia jalan raya, aku memaksimakan kelajuan. Tidak seronoklah jika tidak memulas habis apabila berada di jalan lurus. Doakan aku.

♡︎𓆉︎𝒜𝓁-𝓜𝓪𝓵𝓲𝓴𝓪𝓽𝓾 𝓠𝓪𝓵𝓫𝓲 ☕︎♡︎

Aku pulas tidur dengan memeluk sesorang. Penat pula bawa motor malam tadi. Nampak katil, aku terus kecundang.

"Argh!! Mama!!" suara nyaring sesorang membangunkan aku dari tidur.

"Ha? Ha?" dengan mamai aku memusingkan kepala mencari bahaya yang membuatkan orang di hadapan aku menjerit dengan begitu nyaring.

"Kenapa? Kenapa Aryan?" Puan Sofiya bertanya laju. Gelabah apabila anaknya menjerit seperti melihat hantu.

"Anak siapa tu, mama?" soal Aryan yang sedang membelakangi aku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now