[65] S̶i̶n̶i̶s̶.

21 2 0
                                    

Seperti yang dirancang, sambutan hari lahir Iman diadakan pada hari ini. Seluruh ahli keluarga dijemput hadir.

Yang jauh dan yang dekat. Kaum Hawa berkerumun di dapur besar milik Puan Sofiya untuk bekerjasama dalam memasak juadah sambutan hari lahir ini.

Kaum Adam pula sibuk melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti memasang kanopi, menyusun meja dan kerusi, mengangkat periuk-periuk besar dari dalam stor dan memasang perhiasan di siling rumah.

Kanak-kanak pula berlari di dalam rumah dan bermain mainan di hujung sudut rumah. Yang masih kecil pula dijaga oleh ibu mereka.

Aku tersenyum melihat suasana meriah itu. Seisi rumah saling bekerjasama. Tapi, adalah seorang dua yang tidak membantu.

Aku melilaukan kepala mencari keberadaan Aryan. Mana pula suami aku pergi ni? Hilang dari radar je.

Aku keluar dari rumah. Ingin mencari Aryan di luar pula. Sosok tubuh Aryan yang sedang menyusun meja dihampiri.

Baru saja beberapa langkah, aku merasa ada yang tidak kena. Aku memandang sekeliling Aryan. Mata jatuh pada tiga orang gadis yang duduk di hujung laman.

Mereka memandang Aryan lama. Bukan setakat Aryan mangsanya, dua orang jejaka sebaya Aryan juga menjadi mangsa. Dua orang jejaka itu pun sudah berkahwin.

Apa yang aku boleh simpulkan sekarang adalah, mereka tengah mengusya suami orang yang terlebih kacak ini. Aku menggelengkan kepala. Apa nak jadilah budak-budak ni?

Eh, budak ke? Aku rasa mereka hampir sebaya aku. Lantaklah. Asal suami aku selamat dari dipandang sudah.

Aku kembali menghampiri Aryan. Pinggang Aryan dicucuk sekali. Aku memang suka bermain dengan pinggangnya.

"Auch!" tindakan refleks Aryan menjauh sedikit. Dia memandang aku sambil menggosok pinggangnya yang kesakitan itu.

"Sayang kenapa ni? Sakit tahu tak?" ujar Aryan dengan memek muka acah sedih.

"Nak tolong," pintaku lalu mengambil tangannya dan digocang ke kiri dan ke kanan.

"Tolong apa?" soal Aryan bingung. Tanganku diraih dan digosok lembut.

"Angkat kerusi," jawabku dengan senyuman kambing.

"Eh, tak boleh. Sayang pergi tolong dekat dapur. Kerusi ni berat," bantah Aryan lalu kembali menyusun kerusi.

"Alah, tak nak. Sayang tak suka berkerumun dekat dapur tu ramai-ramai. Angkat kerusi je. Senang ni. Meh," aku berura-ura untuk menyusun kerusi yang masih belum disusun tetapi dirampas oleh Aryan.

"Tak boleh, sayang..." meleret Aryan membantah. Nada lembut masih kekal digunakan.

Aku terus memasamkan muka. Menjauh dengannya tetapi memandangnya tajam. Sesekali memandang tiga gadis tadi. Masam pula muka mereka. Marah sebab aku kacau pemandangan mereka lah tu. Padan muka.

"Aduhh, silent treatment pula," ujar Aryan yang mengerti perubahan sikapku. Aku menghiraukannya lalu terus memusingkan badan. Berura untuk masuk ke dalam seperti yang disuruh.

"Sayang..." Aryan memeluk aku dari belakang. Cuba memujuk aku yang hanya diam tidak melayan.

Aku meneruskan perjalanan dan membiarkan dia memelukku dari belakang.

Setelah melepasi pintu utama, Aryan terus mencapai tanganku yang membuatkan aku berhenti sekali.

Aku memandang tempat lain. Malas ingin memandangnya. Mulut kekal ditutup seperti tadi.

"Okey. Abang tahu sayang tak suka duduk dapur ramai-ramai dan sayang lebih suka mengangkat barang tu semua dari memasak dekat dapur. Tapi, hey tengok abang," arah Aryan lembut. Daguku diraih dan ditolak untuk aku memandangnya.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now