[47] P̶e̶n̶e̶r̶a̶n̶g̶a̶n̶.

32 2 0
                                    

"Jom pergi dekat mama," ajak Aryan dengan tangan dihulur padaku.

"Okey," jawabku lalu menyambut huluran tangan Aryan.

Kami berpimpinan ke arah Tuan Arshad dan yang lain sedang berkumpul.

"Kita nak pergi mana je, ma?" soal Aryan setelah mendekat dengan mereka.

"Ikut kau orang lah nak pergi mana. Kali ni mama bagi kau orang berenam dating. Biar mama dengan papa jaga cucu dekat taman sana," terang Puan Sofiya lalu menunjuk satu taman permainan yang diterangi lampu.

"Awhh... Terima kasih, mama, papa," ucap Ariana lalu memeluk kedua orang tuanya.

"Dah, dah. Pergi, pergi," halau Tuan Arshad sengaja. Ariana mencemberutkan muka.

"Bye, bye," lambaiku pada Tuan Arshad dan Puan Sofiya. Mereka membalas.

Aku tersenyum dengan karenah ibu bapa mentuaku. Memberi anak menantu meluangkan masa berdua untuk satu malam. Mungkin mereka faham perasaan jaga anak-anak kecil.

"Sayang nak pergi mana?" soalan dari Aryan menyedarkan aku dari lamunan ringkas tadi.

"Let's complete our Couple List as husband and wife," ajakku ceria. Senyuman manis dihadiahkan.

"Jom," Aryan membalas senyumanku lalu menarik tanganku ke satu tempat.

"This, right?" tanya Aryan ingin memastikan aktiviti kami ini ada di dalam couple list yang kami cipta.

Tanggannya menunjukkan skuter elektrik bewarna ungu yang tersusun di tepi pagar.

"Yes," jawabku yakin. Aryan membuka aplikasinya untuk membayar skuter tersebut.

"Untuk dua tau," pesanku dengan senyuman kerang busuk.

Aryan menjeling manja. Aku dah agak dia nak pesan satu sahaja lepas tu suruh aku naik dengan dia. Tak nak aku. Karang rosak orang punya.

"Okey, done. Jom," kami mengambil skuter masing-masing.

"Lumba nak?" ajakku dengan senyuman misteri.

"Jom ah," Aryan menyahut cabaranku.

Kami berdiri bersebelahan. Bersiap sedia untuk berlumba.

"Satu, dua, tiga, mula!"

Kami serentak memulas throttle skuter tersebut. Aryan kelihatan takut kerana ramai pengunjung yang berjalan di trek itu.

Aku dengan selamba mencelah di setiap ruang yang kosong. Senang jelah benda ni.

Aku melihat ke belakang. Kelihatan Aryan membawa dengan perlahan seraya gaya seperti meminta maaf kepada pengunjung-pengunjung yang terkejut dengan perbuataku tadi.

Aku membuat keputusan untuk berhenti. Berdiri tegak menunggu ketibaan pemilik hati ini.

Aryan mendekat dengan mata yang memicing. Seakan geram dengan tindakan aku.

Aku hanya tersenyum kambing seraya mengangkat bahu. Buat-buat tak bersalah.

"Jom healing," ajakku selepas Aryan memarkir skuternya bersebelahan skuterku.

Aku menarik tangan Aryan untuk duduk di tepi tasik yang disimbahi cahaya lampu dari pelbagai arah.

Kami melabuhkan duduk lalu memeluk lutut. Aku rasa ini masa yang sesuai untuk Aryan bertanya soalan yang terkumpul di dalam otaknya.

"Tanyalah," arahku tanpa memandang dia. Mata masih kekal memandang tasik di hadapan.

Melalui ekor mata, aku perasan Aryan memandang aku. Mungkin terkejut kerana aku tahu membaca isi kepalanya.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 || C ||Where stories live. Discover now