𝐀𝐊𝐂 | 𝟑

258 13 0
                                    

LAUT Mediterranean yang terbentang luas di depan mata membuatkan Sayf kagum akan indahnya ciptaan Allah SWT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAUT Mediterranean yang terbentang luas di depan mata membuatkan Sayf kagum akan indahnya ciptaan Allah SWT. Kebiruan air laut serta bunyi ombak menghempas pantai menyemaikan rasa tenang di dalam hati. Dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk kembali ke ardhul kinanah ini.

Memandangkan pagi tadi Sayf dan rakan-rakan sampai ke Alexandria, petang ini mereka merancang ingin pergi ke Al-Attarin Street untuk membeli beberapa barangan yang diperlukan selama sebulan mereka berkampung di Alexandria.

Sebulan? Ya, mereka berenam akan tinggal di Alexandria selama sebulan untuk menyiapkan analisis kajian arkeologi yang selebihnya.

Alexandria menjadi destinasi kedua selepas Luxor kerana di kota ini terdapat beberapa binaan bersejarah seperti Serapeum of Alexandria dan Citadel of Qaitbay yang menjadi tumpuan pelancong sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Mereka akan mula bekerja pada hari ketujuh di sini, maka selama seminggu itu adalah hari mereka mengisi masa dengan bersiar-siar sambil mempelajari adat dan budaya orang tempatan.

"MasyaAllah! Cantiknya. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan." Ujar Ali sambil merehatkan lengan di bahu Sayf.

Sayf tersenyum melihat reaksi Ali. Siapa saja yang datang ke Alexandria pasti akan terjatuh hati dengan keindahan laut biru Mediterranean.

Kebetulan pula tempat penginapan mereka tidak jauh dari pinggir laut, Sayf dan Ali mengambil peluang untuk bersiar-siar di kawasan tersebut sahaja. Sementara, empat orang rakan yang lain tetap meneruskan perancangan ke Al-Attarin Street.

Sayf melihat ke arah deretan kedai yang berada tidak jauh darinya. Dulu ketika dia belajar di sini, kedai-kedai tersebut masih belum wujud. Kini keadaannya banyak yang berubah. Hanya saja perasaan Sayf yang tidak pernah berubah, sama seperti kenangan lalu yang kekal menetap dan memenuhi ruang kota Alexandria.

"Perempuan di sini pun cantik-cantik belaka. Susah nak pilih jadikan calon isteri." Sempat Ali bergurau.

"Kau nak cari ciri-ciri calon isteri yang macam mana?"

Sayf dan Ali melabuhkan punggung di salah satu bangku yang ada di kawasan pinggir laut itu. Dari jauh kelihatan lima orang lelaki tempatan sedang memancing sambil berbual sesama sendiri ditemani dengan sebuah radio sederhana besar yang menjadi hiburan kumpulan lelaki tersebut.

Ali melilaukan mata ke sekitar kawasan tersebut. Lagaknya seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik lantas perut Sayf disiku lembut.

"Apa?" Soal Sayf hairan.

"Tu....cuba tengok sana tu." Ali memuncungkan mulut ke arah yang dimaksudkan.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now