𝐀𝐊𝐂 | 𝟐

286 11 0
                                    

HARI ini hari kedua dia berada di Luxor, Mesir atas urusan kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini hari kedua dia berada di Luxor, Mesir atas urusan kerja. Dia datang tidak berseorangan melainkan bersama dengan lima orang lagi rakannya yang sama-sama bekerja di dalam bidang arkeologi.

Luxor menjadi pilihan mereka kerana di kota ini
memiliki banyak kesan peninggalan sejarah sejak ribuan tahun dahulu. Sebuah kota yang sememangnya terkenal dengan zaman pemerintahan Firaun sehingga tercetus peradaban Mesir Kuno.

Luxor juga turut terkenal kerana memiliki kawasan muzium yang terbuka terbesar di dunia. Salah satunya adalah Luxor Temple atau lebih dikenali sebagai Karnak Temple, kuil yang sedang mereka kaji.

"Sayf, kau nak air?"

Sayf yang sedang duduk bersila mendongak ke arah empunya suara. Kelihatan Ali salah seorang rakan sekerjanya berdiri di hadapan sambil menghulurkan sebotol air mineral kecil. Sayf mengangguk lantas air mineral tersebut diambil dari huluran tangan Ali.

"Terima kasih." Ujar Sayf sebelum meneguk rakus air mineral itu.

"Panas sangatlah. Kau tahu tak kita serupa macam ikan masin. Aku rasa nak balik hotel sekarang dan berendam lama-lama dalam bath tub." Rungut Ali seraya menyeka peluh yang mengalir di dahi.

Sayf tersenyum sambil kepalanya tergeleng-geleng mendengar omelan Ali. Sejak dari awal mereka sampai ke Karnak Temple, Ali antara orang yang paling banyak merungut tentang cuaca di sini.

Tidak dinafikan cuaca di sini agak panas, kebetulan pula mereka sedang berehat di kawasan luar kuil sementara menunggu rakan yang lain menyiapkan analisis data masing-masing.

Jika diikutkan hati, Sayf tidak mahu menunggu di luar tetapi disebabkan Ali berkeras minta ditemani ke luar kawasan kuil, mahu tidak mahu kenalah dia turuti. Lagi pula, ini kali pertama Ali datang ke Mesir.

Maka di sini lah mereka berdua sekarang, duduk bersila di tepi laluan masuk kuil sambil melihat pelancong yang datang dari pelbagai negara untuk mengunjungi hasil peninggalan sejarah yang satu ini.

"Kalau bukan sebab kerja, aku pun tak sanggup." Ujar Sayf. Dia menanggalkan topi yang dipakainya lalu topi itu digunakan untuk mengipasi wajah.

"Sekurang-kurangnya kau pernah rasa macam mana keadaan cuaca di Mesir sebelum ini, persediaan dari segi mental dan fizikal mesti dah cukup. Aku? Pertama kali jejakkan kaki ke Mesir, terasa kejutan budaya tahu. Aku harap cuaca di Alexandria esok tak panas sangat. Fuh! Berpeluh ketiak!" Ali menurunkan beg galasnya. Sebungkus tisu dikeluarkan lalu dihulurkan ke arah Sayf.

"Nah! Nasib baik aku ada bawa tisu. Makin lama kita dekat luar ni, makin rasa tak selesa." Ujarnya dengan riak wajah masam mencuka.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now