𝐀𝐊𝐂 | 𝟓

238 6 0
                                    

"KAU pergi mana? Beli air atau cari bakal isteri baru?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU pergi mana? Beli air atau cari bakal isteri baru?"

Mahu setengah jam dia menunggu Sayf membeli air. Sempat juga Ali berkongsi cerita dengan seorang lelaki tua tempatan tadi walaupun berbual seperti ayam dan itik. Ali tetap layan asal rasa bosan tidak melanda dirinya.

"Beli air lah. Yang cari bakal isteri tu engkau bukan aku." Jawab Sayf. Baru sampai dah kena tembak dengan soalan 'mesra' dari Ali.

Mata Ali tertumpu pada kedua-dua tangan Sayf lalu dia mengerutkan kening. Mana airnya?

"Mana?" Soal Ali ingin tahu.

"Mana apa?" Sayf memulangkan soalan kepada Ali.

"Kata beli air tapi aku tak nampak pun kau bawa air. Takkan kau letak dalam baju?"

Sayf menepuk dahi apabila menyedari kesilapan yang dilakukannya.

"Ya Allah! Ali!"

"Apa?! Jangan buat aku panik!" Ujar Ali dengan nada geram. Mahu tak gugur jantung dia melihat reaksi Sayf yang agak melebih-lebih.

"Jus buah delima kau aku dah bagi dekat Nu..."

"Agak-agaklah kalau nak bersedekah pun. Aku dah lah haus dari tadi tak minum air. Aku tunggu kau nak dekat setengah jam tahu? Harap bila kau datang balik, ada jus buah delima yang sejuk untuk aku minum tapi malangnya aku juga yang kena pergi beli sendiri." Pintas Ali seraya mengeluh.

"Tak! Aku tadi jumpa Nu..."

"Jadi jus buah delima yang abang bagi saya tadi Ali punya?"

Serentak Sayf dan Ali memandang ke arah suara wanita yang muncul di hadapan mereka. Sayf menggigit bibir manakala Ali pula melopong melihat figura seorang wanita tersebut. Seolah-olah nafas Ali tersekat di kerongkong.

"Abang kasihan tengok Nufa. Lagipun pelanggan di gerai tadi ramai, kalau Nufa nak beli mesti beratur ke belakang dan kena tunggu giliran semula. Dah alang-alang abang beli dua cawan, abang bagilah Nufa satu." Beritahu Sayf. Tangan kanan naik menggaru belakang tengkuk.

"Tapi itu Ali punya." Nufa mengeluh perlahan. "Tak apa. Nanti saya belikan yang baru." Ujarnya sambil memandang Ali yang masih lagi kaku.

"Tak perlu ganti. Biar Ali sendiri yang pergi beli. Kan Ali?" Sayf menolak bahu Ali agar rakannya itu kembali sedar ke alam realiti. Dari tadi dia tengok tak bergerak langsung. Dah macam buat mannequin challenge pula.

"Mana boleh macam tu. Saya dah minum sampai habis, biarlah saya yang ganti." Kata Nufa ikhlas.

Sayf menggeleng laju. Lengan Ali dicubit.

"Aduh!" Ali menggosok lengan yang terasa sakit. Dia merenung tajam ke arah Sayf.

"Kawal sikit muka kau."

Sayf sudah menjangkakan reaksi Ali bila bertemu dengan Nufa. Sengaja dia ajak Nufa konon nak tengok sepohon bunga kertas yang tumbuh besar berhampiran bangku diduduki oleh Ali itu. Padahal niat sebenar dia adalah nak ajak Nufa jumpa Ali dan nak Ali tahu dia sudah bertemu dengan Nufa.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now