AKC | 18

152 9 0
                                    

ALEXANDRIA : KEMBALI CINTA
"Atas Izin-Nya Kita Dipertemukan"

˖✿˖

Hospital Kaherah, Mesir
09.30 Pagi Waktu Tempatan.

IZHAM mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan. Sudah dua jam berlalu masih belum ada tanda-tanda pintu bilik tersebut akan dibuka dari dalam. Meskipun dalam keadaan cemas dan risau, bibirnya tidak berhenti dari mengalunkan zikir. Tasbih di tangan tidak lepas sejak dia sampai ke hospital ini.

"Nufa..." Wajah yang berpeluh diraup. Dalam hati hanya mampu berdoa agar pembedahan adiknya berjalan dengan lancar.

Tadi dia telah menerima panggilan dari pihak hospital mengabarkan berita buruk tentang Nufa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kaherah. Awalnya dia berfikir hanya kemalangan biasa tetapi setelah diberitahu bahawa Nufa dalam keadaan kritikal dan berada di bawah zon merah, ia membuktikan kemalangan itu bukan biasa-biasa melainkan boleh meragut nyawa adiknya.

Mendengar cerita para saksi yang berada di sekitar tempat kemalangan, kereta dipandu oleh Nufa berhenti di bahu jalan agak lama. Saksi mengatakan sempat melihat Nufa keluar dan membuka bumper depan. Setelah itu, Nufa masuk semula ke dalam kereta tanpa menutup bumper dan menghidupkan enjin. Tidak lama kemudian, dari laluan bertentangan sebuah lori yang membawa muatan besi meluncur laju dan melanggar kereta dari arah hadapan.

Selepas dihubungi oleh pihak hospital, Izham tidak langsung datang ke sini. Dia singgah ke tempat kemalangan itu berlaku dan setelah dia tiba, jantungnya bagai ingin meletup selepas melihat Toyota Corolla miliknya hancur dihempap lori. Kereta itu mengalami kerosakan total. Rod-rod besi yang dibawa oleh lori juga terkeluar menghentam cermin depan hingga menembusi cermin belakang. Cermin pintu sisi sebelah pemandu dan penumpang pecah. Kedua-dua tayar di depan tercabut. Pintu sebelah pemandu patah dan pintu sebelah penumpang kemek.

Paling membuatkan hati Izham rawan tatkala dia melihat darah pekat adiknya masih segar di tempat duduk pemandu mengalir ke atas bahu jalan. Terlalu banyak sehingga bahu jalan itu seperti bersimbah darah. Di bahagian tempat duduk belakang pula ada gubahan bunga yang sudah rosak dan berselerak. Ya Allah, saat itu hancur luluh hatinya. Dia tahu tujuan Nufa ke Cairo untuk menghantar pesanan gubahan bunga kepada pelanggan. Memandangkan hari ini dia cuti bekerja, maka dia membenarkan Nufa menggunakan keretanya.

Izham ada menawarkan pertolongan buat Nufa tetapi Nufa menolak atas alasan tidak mahu menyusahkan. Lagi pula adiknya ke Cairo bukan setakat ingin menghantar pesanan pelanggan tetapi juga ingin membeli beberapa barang untuk kedai. Tak sampai tiga jam Nufa meninggalkan rumah, dia sudah dikhabarkan dengan berita kemalangan wanita itu. Benarlah kata orang malang tidak berbau. Namun, jauh di sudut hati Izham dia benar-benar rasa bersalah terhadap Nufa kerana membiarkan adiknya pergi seorang diri.

Sampai di Hospital Kaherah, tanpa berfikir panjang Izham menurunkan tanda tangan pada borang wakil keizinan pembedahan, membenarkan adiknya dibedah secepat mungkin. Pembedahan harus dijalankan dengan segera untuk menyelamatkan nyawa Nufa. Setelah itu barulah dia terfikir membuat panggilan kepada Encik Fadhil yang berada di Malaysia, menyampaikan berita duka ini.

Sebelum bergegas ke Kaherah, dia sempat menghantar beberapa mesej kepada Sayf namun mesejnya tidak dibalas oleh lelaki itu. Kebetulan pula ketika dia sampai di hospital ini, seorang jururawat telah menyerahkan dompet merah jambu bercorak hydrangea putih serta Iphone milik Nufa. Masih dalam keadaan baik, hanya skrin saja yang retak. Kesempatan itu digunakan untuk menghubungi Sayf tapi hampa dia rasa apabila panggilannya ditolak serta-merta.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now