ALEXANDRIA : KEMBALI CINTA
"Atas Izin-Nya Kita Dipertemukan"˖✿˖
Untuk mengelakkan kekeliruan berlaku tentang MENGAPA WATAK UTAMA (SAYF ARSALAN) TAK RUJUK MELAINKAN KAHWIN SEMULA DENGAN BEKAS ISTERI (NUFA ELNAURA)
Penjelasan:
Adapun perlu diketahui bahawa talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad nikah yang baru dalam tempoh 'iddah hanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama ataupun yang kedua sahaja.
Dalam isu ini, jika telah tamat tempoh 'iddah bekas isteri, maka situasi yang berlaku dinamakan talak ba'in. Bermakna, bila telah tamat tempoh 'iddah bekas isteri, bekas suami tidak boleh merujuknya semula melainkan dengan akad nikah yang baru. Bekas isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami walaupun telah tamat tempoh 'iddah, namun pernikahan tersebut perlu dibuat dari awal semula iaitu perlu mengisi borong nikah dan perlu akad nikah yang baru semula.
•••
5 BULAN KEMUDIAN...
"ASSALAMUALAIKUM!" Sayf tanggalkan kasut yang tersarung di kaki. Pintu rumah ditolak. Tidak berkunci? Sayf masuk ke dalam rumah sambil menarik dua bagasi besar miliknya yang masih lagi elok berbalut plastik.
"Assalamualaikum ibu!" Laung Sayf lagi apabila salamnya tidak dijawab.
Dua bagasi tadi Sayf letak sebelah tangga lalu dia menuju ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan atas sofa. Dia bersandar lantas mendongak ke atas. Mata dipejam rapat. Lega rasanya apabila kaki dah jejak rumah. Tiga belas jam penerbangan dari Mesir ke Malaysia termasuk transit dua jam membuatkan badan Sayf terasa lenguh dan sakit.
Itu tak kira lagi kantuk yang bertandang. Di pesawat dia susah nak lelap mata selama beberapa jam kerana penerbangan dari Doha ke Malaysia mengalami turbulence yang sangat kuat. Meskipun dia sudah berkali-kali merasai turbulence ketika berada dalam pesawat, namun dia tetap mempunyai perasaan ngeri seolah-olah gegaran yang terhasil akan mengakibatkan pesawat tersebut bakal terhempas.
"Anak ibu! Bila kamu sampai?"
Sayf buka mata. Dia tersenyum apabila matanya menangkap figura Puan Mariam. Sayf lantas bangun lalu tangan kanan Puan Mariam diraih dan dikucup.
"Baru je. Ibu pergi mana tadi? Dua kali Sayf bagi salam tapi berjawab." Sayf menarik lembut tangan Puan Mariam, meminta ibunya duduk di ruang kosong di sebelah.
Puan Mariam melabuhkan punggung di sebelah Sayf lalu bahu anak tunggalnya diusap-usap. "Ibu dekat halaman belakang tengah bercucuk tanam. Ibu minta maaf tak dengar kamu beri salam."
"Kenapa tak kunci pintu kalau ibu dekat belakang? Nasib baik Sayf yang datang kalau orang jahat yang datang macam mana? Haih, lain kali tolong berhati-hati. Sentiasa ingat pintu kena kunci. Ibu nak pergi halaman belakang ke, nak memasak, nak solat, pintu kena kunci dari dalam. Zaman sekarang banyak kes jenayah berlaku. Ibu tak berteman. Sayf nak upah pembantu rumah untuk temankan ibu tak nak."
"Kamu balik setakat nak bebel pada ibu? Kamu tak perlu risau, Khadeeja ada temankan ibu. Dia dekat atas sekarang." Ujar Puan Mariam.
Sayf kerutkan kening. "Khadeeja? Dia buat apa dekat sini?"
"Ibu minta dia temankan ibu lah. Ibu sunyi tak ada kawan berborak, tak ada kawan memasak, tak ada kawan pergi mengaji. Dah sebulan lebih dia dekat rumah ini teman ibu."
Nafas Sayf berhembus kencang. Perasaan marah membuak-buak. Baru beberapa bulan dia di Mesir, Puan Mariam sudah melakukan perkara yang dia tidak suka.
"Ini rumah Sayf ibu. Kenapa ibu tak beritahu Sayf? Kenapa ibu sesuka hati buat rumah ini macam rumah ibu di kampung? Khadeeja orang luar bukan keluarga kita. Ibu tak ada hak suruh dia tinggal di sini tanpa kebenaran Sayf." Ujarnya lembut dalam tegas. Sedaya upaya dia menahan amarah. Puan Mariam dari dulu tak pernah berubah. Selalu melakukan perkara yang menyakiti hatinya.
YOU ARE READING
Kembali Cinta | OG
Romance𝐒𝐀𝐘𝐅 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐋𝐀𝐍 | 𝐍𝐔𝐅𝐀 𝐄𝐋𝐍𝐀𝐔𝐑𝐀 𝓜𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓜𝓮𝓷𝓰𝓱𝓾𝓷𝓲 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓢𝓪𝓶𝓪... Ini kisah cinta antara mereka. Pincang terhenti di tengah jalan, Pertemuan mereka tidak dirancang, Kembali cinta agar kisahnya sempurna. Jika...