Beberapa bab saya akan fokus kepada watak utama (hero). ALERT! Akan ada banyak flashback.
ALEXANDRIA : KEMBALI CINTA
"Atas Izin-Nya Kita Dipertemukan"˖✿˖
"KAU yakin dengan keputusan kau ini Sayf?" Tanya Ali sejurus menghenyak punggung di atas kerusi. Dia duduk berhadapan dengan Sayf, orang atasannya di pejabat.
Sayf bersandar lalu wajah Ali dipandang. Fikiran menerawang ke arah lain. Semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan cara untuk memastikan Puan Mariam menerima Nufa. Hanya satu cara yang terlintas di benaknya.
"Restu seorang ibu itu penting Sayf, lagi-lagi soal perkahwinan. Aku tak nak kau menyesal suatu hari nanti sebab membelakangkan Makcik Mariam." Kata Ali. Kaki disilangkan lantas dia turut bersandar pada kerusi.
"Aku dah pernah menyesal Ali sebab ikutkan kemahuan ibu aku." Tenang balasan dari Sayf. Tidak beriak wajahnya.
Ali melepaskan keluhan. "Tapi keputusan kau kali ini...otak aku tak boleh nak fikirlah Sayf. Tiba-tiba. Tergesa-gesa. Betulkah kau dah fikir panjang?
"Cuba kau beritahu aku cara apa lagi yang ada? Aku tahu ibu aku macam mana Ali. Dia keras kepala. Semua yang dia katakan harus dituruti tapi sampai bila aku nak kena ikut semua kemahuan dia? Tak bolehkah seorang anak pilih teman hidup dia sendiri? Tak bolehkah seorang ibu doa yang baik-baik untuk anak dia?" Aju Sayf.
"Aku tak tahu sebab aku tak ada di tempat kau." Ali tidak mengalami situasi yang Sayf alami jadi dia tidak tahu bagaimana memberikan solusi kepada kawannya itu.
"Kau nak kahwin senyap-senyap dengan Nufa di Alexandria? Kang aku kata kau hilang akal, kau marah. Nak kata kau ada akal macam tak ada akal juga aku tengok." Sambung Ali lagi selamba.
Sayf tersenyum lucu. Kerusi ditarik ke depan. Dia menopang tangan ke atas meja. Dipandang sekilas telefon bimbit di sebelah. Ada satu notifikasi mesej dari Nufa yang nun jauh di sana. Sayf kerut kening. Dibuka luas matanya agar dapat melihat jelas mesej yang tertera namun belum sempat dibaca, datang lagi mesej lain daripada Nufa. Dah kenapa spam mesej pula?
"Aku bukan nak kahwin senyap-senyaplah. Aku cuma nak pernikahan itu berlangsung dihadiri oleh orang penting sahaja. Encik Fadhil, Puan Dahlia, Izham, Nur dan kau." Jelas Sayf pada Ali. Itulah keputusannya. Nikah di Alexandria tanpa kehadiran Puan Mariam. Dia hanya mahu keluarga Nufa dan Ali sahaja yang hadir.
"Ibu kau orang penting juga."
"Ya, ibu aku wanita paling penting dalam hidup aku Ali. Selama ini aku tak pernah membelakangkan dia dalam apa jua hal berkaitan hidup aku. Sampailah dia ambil kesempatan. Dia jadikan kekurangan Nufa sebagai alasan untuk aku ikut kemahuannya. Dia sentiasa kawal hidup aku macam aku ini masih anak kecil dia. Aku juga berhak buat keputusan sendiri Ali. Aku juga berhak cari kebahagiaan sendiri. Apa yang ibu aku buat bukan untuk tengok aku bahagia tapi lebih kepada menuruti kemahuan hatinya yang tak pernah puas."
Sayf bangun lantas dia bergerak ke arah jendela. Langsir ditarik sekaligus membenarkan cahaya menerobos masuk. Lalu dia menapak mendekati Ali. Punggung dilabuhkan pada birai meja sambil berpeluk tubuh.
Ali mendongak memandang Sayf yang lengkap berpakaian casual hari ini. Baju kemeja lengan panjang berwarna putih tanpa tali leher, seluar slack hitam dan di kakinya tersarung sepasang kasut berjenama Adidas Stan Smith putih. Datang ke pejabat naik Ninja H2R dengan pakaian macam ni? Pelik benar cita rasa Sayf. Lagi pelik dengan staf-staf perempuan yang sukakan Sayf. Perempuan zaman sekarang taste memang pelik-pelik eh? Ada yang waras nak juga lelaki setengah. Ada yang bujang nak juga duda.
![](https://img.wattpad.com/cover/360610495-288-k824858.jpg)
YOU ARE READING
Kembali Cinta | OG
Dragoste𝐒𝐀𝐘𝐅 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐋𝐀𝐍 | 𝐍𝐔𝐅𝐀 𝐄𝐋𝐍𝐀𝐔𝐑𝐀 𝓜𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓜𝓮𝓷𝓰𝓱𝓾𝓷𝓲 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓢𝓪𝓶𝓪... Ini kisah cinta antara mereka. Pincang terhenti di tengah jalan, Pertemuan mereka tidak dirancang, Kembali cinta agar kisahnya sempurna. Jika...