𝐀𝐊𝐂 | 𝟏𝟏

183 4 0
                                    

NUFA mendekati Sayf yang sedang duduk mencangkung sambil berusaha mengeringkan bajunya yang basah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NUFA mendekati Sayf yang sedang duduk mencangkung sambil berusaha mengeringkan bajunya yang basah. Terbit rasa bersalah dalam hati Nufa. Manakan tidak, dialah yang menyimbah air pada Sayf dan Hamzah sehingga kedua-dua lelaki itu basah kuyup. Tapi awal-awal tadi, Nufa dah suruh Hamzah beredar sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Sekarang hanya tinggal Sayf sahaja berada di luar kedai ini.

"Abang?" Sehelai tuala kecil bercorak bunga jasmine dihulurkan pada Sayf. Nufa tersengih kelat apabila Sayf mengambil tuala tersebut tanpa berkata apa-apa.

"Saya minta maaf." Ujar Nufa ikhlas.

Sayf mengangguk sekali tanpa menoleh. Lelaki itu sedang sibuk mengeringkan bajunya.

"Lagipun memang salah abang."

"Minta maaf lepas tu salahkan abang lagi?" Soal Sayf mendatar.

Nufa garu kepala yang dilitupi tudung. Dia ikhlas meminta maaf tapi pergaduhan tadi berpunca dari Sayf. Kalau bekas suaminya itu tidak terlalu mengambil serius apa yang dikatakan oleh Hamzah pasti semua ini takkan terjadi.

"Kenapa abang nak ambil serius fasal apa yang Hamzah katakan? Dia cuma nak panaskan hati abang." Ujar Nufa tidak mahu kalah.

"Dah pak arab tu kata dia kekasih Nufa, siap samakan abang dengan unta pula tu. Ikutkan hati nak saja abang gores pakai batu Toyota Land Cruiser dia tadi. Sengaja parkir depan kedai ni nak tunjukkan dia ada kereta mahal? Nak tunjuk dia kaya? Dia tak tengok lagi dua buah kereta abang yang ada dekat Malaysia, kalau dia tengok mahu terbeliak biji mata dia!" Sayf merengus kasar.

"Ya, tahu. Tapi abang tetap salah sebab mulakan pergaduhan."

"Nufa menangkan pak arab tu daripada abang? Okay, abang salah sebab mulakan pergaduhan tapi dia juga salah sebab provokasi abang." Sehelai tuala yang diberikan oleh Nufa tadi Sayf hulur kembali. Dah basah takkan nak lap juga pada baju yang basah? Tak ada hasil.

"Dia provokasi abang sebab abang mula sentuh badan dia. Mana tak marahnya pak arab tu."

"Ya Allah! Bercakap dengan Nufa ni macam pergi berperang! Kita tembak, dia tembak kita balik. Kita tepis, dia pun sama juga nak tepis. Kalau macam ni abang lebih rela pergi berperang dari berdebat dengan Nufa."

Sayf bangun lalu melangkah tiga tapak ke depan, berdiri di bawah panas matahari. Dia mendongak seraya memejamkan mata. Dia tahu ramai orang memandang saat itu tapi apa Sayf peduli, dia cuma mahu pakaiannya cepat kering. Takkan dia nak balik dalam keadaan basah kuyup? Nak telefon Ali minta lelaki itu menghantar pakaian ke kedai ini? Memang tak lah! Pasti semakin galak Ali mengusik. Lebih-lebih lagi bila tahu tentang pergaduhan antara dia dan Hamzah.

Pelik melihat perbuatan Sayf, Nufa segera membontoti langkah lelaki itu. Nufa mendongak lantas dia menyeringai. Cahaya matahari menerobos masuk ke dalam kornea mata. Hujung baju Sayf ditarik-tarik seperti anak kecil meminta perhatian dari ayahnya.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now