𝐀𝐊𝐂 | 𝟖

180 10 0
                                    

MANGKUK bulat yang berisi bijirin disorong ke arah Sayf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MANGKUK bulat yang berisi bijirin disorong ke arah Sayf. Ali berdeham lalu tersenyum nakal memandang rakannya yang kelihatan bersemangat pagi ini. Selama beberapa hari mereka di Mesir, baru hari ini dia nampak raut wajah Sayf tak lekang dari senyuman. Selalu tengok serius saja tetapi hari ini lain macam Sayf punya senyuman sampai ke telinga.

Bukan Ali tidak perasan, selepas solat subuh tadi awal-awal Sayf sudah keluar pergi bersenam. Pulang dari bersenam, Sayf siap membeli buah-buahan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu senang hati. Macam biasa, Ali akan menjadi wartawan yang tak bertauliah.

"Lain macam semangat kau hari ini. Ada apa-apa yang aku terlepas ke?" Ali mencapai sekotak susu segar lalu dituangkan sedikit ke dalam mangkuk berisi bijirin kepunyaannya dan Sayf.

Sayf menjongketkan kening mendengar pertanyaan Ali. Dia memetik sebiji buah anggur yang berada di dalam bakul makanan. Dengan lafaz bismillah, sebiji anggur tadi selamat masuk ke dalam mulut.

"Terima kasih disebabkan idea gila-gila kau, akhirnya aku dapat menikmati makanan paling sedap semalam." Ujar Sayf seraya tersengih.

Ali tersedak mendengar kata-kata Sayf. Naik kemerahan wajah lelaki itu. Ali memandang Sayf dengan pandangan terkejut.

"Kau buat benda tak elok?" Soal Ali dengan nada serius sambil matanya melilau melihat sekeliling. Takut jika rakan sekerja yang lain mendengar perbualan mereka.

"Benda tak elok apa pulak?" Bererut-kerut kening Sayf tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Ali. Bila pula dia buat benda tak elok?

Ali bangun dari duduk lalu badannya dibongkokkan ke depan. Wajahnya didekatkan pada wajah Sayf sehingga Sayf berundur ke belakang.

"Woo! Kau nampak ni? Seinci lagi kau dekat lebam biji mata kau." Sayf menunjuk penumbuk ke arah Ali.

"Kau buat apa dekat Nufa?"

"Aku tak buat apa-apa lah!"

"Kau kata tadi kau dapat menikmati makanan paling sedap." Ali kembali melabuhkan punggung di atas kerusi.

Sayf menggulingkan matanya ke atas lalu menyekeh lembut dahi Ali.

"Jangan asyik fikir benda yang bukan-bukan. Bersihkan otak kau dengan banyakkan berzikir." Perli Sayf dalam nada geram. Jauh sangat sangkaan Ali.

"Yela-yela. Tapi kau tak nak cerita fasal semalam?" Soal Ali berminat ingin tahu lebih lanjut. Ali Uthman kot, selagi tak dapat jawapan yang memuaskan selagi itu dia akan menagih.

"Sibuk nak tahu!" Sayf menjeling Ali.

"Ala! Ceritalah Sayf. Aku kan pendengar setia kau. Mana tahu aku boleh bagi kau idea lagi macam mana nak dekati Nufa. Aku bekas kekasih dia selama tiga tahun di sekolah menengah, aku tahu macam mana nak pujuk dia." Ali menjongketkan kening berkali-kali bersama senyuman nakal. Sempat ibu jari tangannya mencuit hidung. Berlagak!

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now