𝐀𝐊𝐂 | 𝟔

196 9 0
                                    

NUFA merenung abaya putih bersulam corak primrose ungu yang terletak di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NUFA merenung abaya putih bersulam corak primrose ungu yang terletak di atas katil. Fikiran mula melayang ke arah insiden yang berlaku petang tadi. Hari ini dia bertemu kembali dengan Sayf setelah lama tidak berhubung. Setelah dua tahun menjauhkan diri dari Sayf, hari ini akhirnya mereka bersua lagi. Mengapa Nufa merasa seperti mengalami deja vu? Seolah-olah insiden itu pernah berlaku sebelum ini.

Nufa menggelengkan kepala. Dua tahun dia membawa diri ke Alexandria, bila masa dia bertemu dengan Sayf? Mungkin dalam mimpi saja kot. Itu yang dia rasa seperti deja vu walhal tak pernah pun dia berjumpa selepas berpisah dengan Sayf sehinggalah terjadinya insiden tadi.

"Nufa nak pergi mana ni siap gosok baju cantik-cantik? Ada date dengan Hamzah ke?"

Nufa menoleh ke arah pintu biliknya. Kelihatan Izham sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di daun pintu. Lelaki itu masih lengkap memakai baju seragam kerja. Nampak sangat Izham baru pulang ke rumah.

"Bukanlah." Jawab Nufa seraya mencapai abaya dan tudung shawl miliknya lalu diletakkan atas papan saterika. Setelah itu, Nufa melabuhkan punggung di atas katil.

"Aip! Tadi masa abang lalu depan restoran dia, abang tengok dia berdiri dekat luar restoran. Macam tunggu seseorang. Yang kelakarnya, dah macam pak cik guard abang tengok si Hamzah tu."

Nufa mengeluh perlahan. Tiba-tiba nama Hamzah pula dipetik. Tak fasal-fasal Pak Arab itu terbatuk-batuk kerana namanya disebut dalam perbualan ini.

"Dia nak berdiri, dia nak duduk atau dia nak berbaring ke, itu restoran dia, kita tak perku sibuk. Lagi satu, Nufa tak ada kaitan pun." Nufa menatap wajah Izham. Apakah abangnya tahu yang Sayf ada di sini? Kawan rapat mustahil tak tahu kan?

"Habis itu nak pergi mana? Jangan-jangan Nufa dah jumpa bakal suami baru tapi tak beritahu abang?"

"Bukan jumpa bakal suami tapi bekas suami!" Jawab Nufa jujur.

"Ohhh..." Panjang 'oh' Izham selepas mendapat jawapan dari Nufa.

Dari riak wajah yang dipamerkan, Izham tidak nampak terkejut. Malah, lelaki itu menayang riak normal. Seolah-olah apa yang baru diberitahu oleh Nufa hanya perkara biasa.

"Abang tahu yang Sayf ada di Alexandria kan? Abang jangan tipu." Nufa memicingkan mata melihat Izham.

Izham tersengih. Memang dia tahu Sayf berada di Alexandria. Tiga hari yang lalu, Sayf menghubungi dirinya memberitahu bahawa lelaki itu akan datang ke kota Alexandria selepas dua hari berada di Luxor. Izham sengaja tidak memberitahu kepada Nufa kerana dia tidak mahu menjawab segala soalan yang bakal keluar dari mulut adiknya itu. Jenuh dia nak jawab satu-satu nanti. Namun, tak sangka pula Nufa lebih awal bertemu dengan Sayf. Padahal Sayf datang ke sini tidak berharap dapat berjumpa dengan Nufa. Apatah lagi lelaki itu datang kerana tugas kerja.

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now