𝐀𝐊𝐂 | 𝟏𝟎

171 7 0
                                    

RIAK wajah Sayf tampak terkejut ketika sampai di hadapan kedai bunga milik Izham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RIAK wajah Sayf tampak terkejut ketika sampai di hadapan kedai bunga milik Izham. Dengan nada perlahan gerak bibirnya menyebut nama kedai tersebut. Qal-Bi Florist. Sayf pandang Nufa yang sedang membuka kunci kedai.

"Jadi inilah kedai bunga Izham?" Soalnya.

Nufa mengangguk menjawab pertanyaan Sayf tanpa menoleh ke arah lelaki itu lalu dia menolak pintu kedai selepas berjaya membuka kunci. Sebelum masuk, Nufa menanggalkan sandalnya lantas disusun kemas pada rak kasut di luar.

"Sebelum kita terserempak di gerai jus buah delima, abang dan Ali sempat usha kedai ni dari seberang jalan sana. Rupanya ini kedai bunga milik Izham yang dia ceritakan pada abang." Beritahu Sayf.

Ralit dia memandang dekorasi luar. Bila tengok depan mata sangat cantik. Konsep ala-ala kedai bunga di France. Cat kedai bertemakan warna pastel merah jambu nampak lebih feminin. Manakala, di hadapan kedai pula sengaja diletakkan sebuah basikal berwarna putih yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga plastik.

"Nufa yang jaga?" Soal Sayf.

"Inilah kerja saya selama dua tahun tinggal di sini. Jaga kedai bunga, buat gubahan bunga dan kadang-kadang hantar pesanan ke luar kota." Nufa masuk ke dalam kedai dan membiarkan pintu terbuka luas.

Sayf mengangguk perlahan. Dia sudah sedia maklum sejak dua tahun lalu Nufa memang membantu Izham menguruskan kedai bunga tapi dia tak tahu pula Qal-Bi Florist inilah nama kedai bunga milik kawan rapatnya itu.

"Abang jangan masuk. Tunggu dekat luar." Arah Nufa seraya mengambil sejambak bunga baby breath yang Sayf pegang.

"Kalau abang nak masuk juga?"

"Itu cari nahas namanya. Tak boleh masuk. Awas!" Nufa picingkan mata melihat Sayf sebelum dia masuk ke sebuah bilik rehat di dalam kedai tersebut.

Sayf tergelak lucu. Alahai! Nufa. Dia rasa nak culik wanita itu bawa balik ke Malaysia dan nikah sekarang juga. Biarlah orang kata dia gila talak, sebab seksanya rindu ini dia yang tanggung. Walau sudah bertemu depan mata pun, rindu itu masih menggunung. Rindu yang tidak dapat diungkapkan.

Sedang Sayf ralit memerhati kedai bunga itu, ada seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an menyapa Sayf.

"Assalamualaikum."

Sayf menoleh ke belakang lalu senyum diukir manis.

"Waalaikumussalam." Jawab Sayf ringkas.

"Malaysia?"

Sayf mengangguk "Ya, Malaysia."

"Nama makcik Rohaya, pensyarah di salah satu universiti di Kaherah. Makcik datang Alexandria sebab ada program silaturrahim pelajar-pelajar. Saja nak bersiar-siar sekitar kawasan kedai ni nak cuci mata sebelum balik ke Kaherah petang nanti. Kamu pula memang pelajar di Alexandria?"

Kembali Cinta | OGWhere stories live. Discover now