4 + kenyataan pahit

147 24 32
                                    

4 + kenyataan menyakitkan

Tahun 2023, tanggal 30 Disember,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun 2023, tanggal 30 Disember,

SEWAKTU masih bergelar bayi, Hayes sudah tahu cara mengawal kuasa kilatnya. Kilat putih jernih, seperti warna rambut ibu. Pernah terfikir oleh Hayes, apa warna kilat ayah juga putih? Apa warna lain? Sejak kecil, Hayes sudah mula tertarik ingin mengenali ayahnya.

Tetapi semakin membesar, dia menanam rasa benci terhadap ayah. Lama matanya menatap Oak Valley, dia berdiri di hadapan sekolah ini. Tangannya mula menunjukkan kad mengizinkan Hayes masuk ke dalam.

Menyamar menjadi seorang pelajar. Hayes menyamar ingin mencari siapa ayahnya, mungkin ini akan berjaya. Matanya memandang kiri dan kanan, memastikan tiada siapa yang curiga.

"Wah, pelajar baru?"

"Harap-harap dia masuk kelas aku."

Hayes hanya mampu menelan liur, rasa canggung. Dia kena cepat-cepat selesai. Matanya melilau mencari sesuatu, arwah ibu pernah menceritakan bahawa ibu bertemu ayah di bawah pokok sakura.

Kisah cinta di Oak Valley. Hayes ketika kecil tidak tahu apa itu cinta, jadi waktu mendengarkannya dia hanya diam tidak membalas. Seperti apa ayahnya, bagaimana ibu boleh jatuh cinta dengan lelaki yang bahkan tidak pernah melihatnya.

"Akh! Tunggulah!" Terjatuh seorang lelaki yang sedang memeluk erat kucingnya. Dua lelaki yang ingin meneruskan perjalanan, berpaling ke belakang saat mendengar bunyi jatuh.

Apa mereka bertiga cikgu?

"Dah tua pun jatuh ke? Mana kau nak bawa kucing tu, buang dia ke tempat asal!" Marah seorang lelaki beriris jingga, mencekak pinggang memandang seorang lelaki yang mempunyai mata hijau jernih.

Lelaki beriris hijau jernih itu cuba bangun sambil memeluk kucing yang bulunya amat kotor. Ditatap tajam wajah lelaki yang memarahinya.

"Tak nak! Ice, Blaze marah aku! Huwaa!" Kakinya berlari kecil mendekati Ice yang sedang blur, disorok tubuhnya di belakang lelaki itu.

Hayes terdiam seketika. Apa mereka anak kecil? Kelihatannya berusia 30-an, tetapi perangai masih kebudak-budakan.

"Mana ada aku marah kau. Ice, jangan pedulikan dia. Thorn sejak kebelakangan ni ada masalah otak sikit, orang tak marah dia tapi dia anggap orang marah dia." Membulat mata Thorn mendengarnya. Blaze hanya menayangkan wajah selamba.

Ice mengeluh berat. Sudah tua pun masih nak bergaduh, entah bilalah nak kahwin pun tidak tahu. Mungkin nak membujang sampai ke tua rasanya. Melihat mereka bertiga mula mendiam, Hayes cuba mendekati.

Mereka bertiga yang berasa dihampiri seseorang mula berpaling memandang Hayes. Hayes menelan liur, menunduk hormat di hadapan mereka bertiga. Mata merahnya memandang ketiga-tiga lelaki di hadapan, perlahan-lahan bibir Hayes menghadiahkan senyuman.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now