51 + rahsia terungkap
"IBU sayang Hali."
Ada... suara. Anehnya, mana dia mendengar suara itu? Halilintar tidak dapat mengingatinya, seolah-olah ada sesuatu yang telah memadamkan ingatan tersebut. Mata perlahan-lahan dicelikkan, pandangan terasa kabur.
Siling putih.
"Hali! Kau dah sedar..."
Gempa dan lainnya memandang khawatir Halilintar. Hampir dua hari Halilintar tidak sedarkan diri. Alette dan Melantha yang baru sampai, bersyukur kerana akhirnya Halilintar telah sedar. Terhinjut kedua-dua bahu Alette apabila mata merah itu mula menatapnya.
Tajam Halilintar menatapnya buat Alette tertanya-tanya. Kemudian Halilintar alihkan pandangan, pipi sedikit merona merah. Apa gadis itu datang ke sini kerana mengkhawatirkannya?
Anehnya, Halilintar sedikit senang.
"Hali! Huwaa! Aku fikir kau dah mati tau!"
Terkedu Halilintar tatkala tubuhnya dipeluk erat oleh Taufan, menangis keluar air mata tidak menghiraukan yang lain melihat.
Blaze menyeka air matanya yang sedikit mengalir, ternyata Halilintar benar-benar hidup semula. Membulat mata Solar melihat tisu-tisu berkumpul atas lantai, ternyata Thorn sedang menangis sambil meleleh hingus.
"Huhu... Hali dah sedar. Stroot!"
"Hei, hei! Kenapa kau orang berlebihan macam ni?" soal Solar berasa pelik.
Gempa dan Alette juga ikut menangis. Ice seperti biasa, tidur tidak ingat dunia. Melantha hanya tahu pasang wajah garangnya. Apa hanya Solar yang rasa semua orang di sini tidak normal? Tidak akanlah Solar ingin pura-pura menangis.
"Lepaskan aku," pinta Halilintar berasa sesak dipeluk Taufan. Taufan mula meleraikan pelukan. Berkaca-kaca matanya memandang Halilintar.
Halilintar meneguk liur, hampir semua orang menangis kerananya. Tiba-tiba Halilintar menangkap kehadiran Hayes yang sedang duduk atas tingkap, memandangnya sambil tersenyum. Lelaki itu menggerakkan bibirnya, mengatakan sesuatu kepada Halilintar.
'Syukurlah ayah dah sedar. Aku kira jantung aku bakal berhenti, hahah.'
Apa dia ceritakan semuanya sahaja kepada Hayes? Halilintar menundukkan kepala, entah kenapa dia lebih percayakan Hayes yang berasal dari dunia lain.
Seolah-olah dia dan Hayes terikat dengan satu hubungan.
"Aku nak sendirian. Keluarlah," arah Halilintar. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada Hayes.
Tercengang mereka semua yang mendengar itu. Halilintar mengusir mereka!
"Woi! Penat-penat aku datang sini, kau halau aku?" marah Melantha yang sudah tidak dapat bersabar lagi. Kalau bukan sebab Alette dan Thorn, memang dia tidak datang melawat Halilintar.
YOU ARE READING
OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]
Fanfiction❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Halilintar selalu pendam semuanya. Dia menerima surat yang menyuruhnya mati. ❝ Apa kau gila? Dulu nak...