34 + bekas ketua

70 12 32
                                    

34 + bekas ketua

34 + bekas ketua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"GEMPA!"

Laju sahaja Thorn memeluk tubuh Gempa saat masuk ke dalam. Ice, Blaze dan Solar hanya memerhati mereka berdua saling berpelukan, seperti sudah lama tidak bertemu lagaknya. Thorn menangis seperti anak kecil sambil memeluk Gempa.

"Gempa... hiks... Gempa! Ke... ketua... huhu... maaf... Thorn... min hiks... minta maaf!" Stroot! Hingus ditarik Thorn sedalam mungkin. Nafasnya tersekat-sekat.

Gempa cuba menjauhkan diri daripada Thorn apabila hingus lelaki itu hampir mengenai pakaiannya. Belakang tengkuk diusap lembut oleh Gempa. Keluhan berat keluar daripada bibir Gempa, kenapa Thorn masih menganggapnya ketua?

"Baliklah. Aku tak rasa kau orang ikhlas jumpa aku, aku ni tak lama lagi nak berhenti sekolah. Nak ucap selamat tinggal dipersilakan." Selamba Gempa mengatakannya. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya.

Bawah bibir diketap Gempa. Dia tidak kisah dibenci, lagipun ini semua salahnya. Bahkan kata maaf sahaja tidak layak diberikan untuknya.

"Ketua..." Lirih suara Thorn mendengarnya. Ice mula menyiku bahu Blaze buat Blaze terangkat kening.

"Ehem!" Blaze mula berdehem kuat menyentakkan Ice, Thorn dan Solar. Kepala digaru Blaze sedangkan tidak gatal, tersengih kecil.

Selimut yang menutupi tubuh Gempa ditarik kasar oleh Blaze buat Gempa berasa kesal. Makhluk mana yang berani mengganggu tidurnya? Walaupun sebenarnya Gempa sudah cukup tidur. Blaze tatap tajam wajah Gempa buat Gempa tertanya-tanya.

"Aku takkan anggap orang lain ketua selain kau, Gempa. Walaupun kau sedikit menyebalkan, tapi disebabkan kau sekolah kita jarang dimasuki musuh. Kau yang lebih banyak bekerja pada waktu malam berbanding kami sebab kau tahu kami semua malas," kata Blaze panjang lebar. Fuh, berdebar.

Gempa berdecit kecil.

"Kau cuma nak aku jadi ketua supaya aku boleh berjaga malam untuk siapkan kerja? Kau orang semua goyang kaki, begitu?" Terbatuk-batuk Blaze mendengarnya. Sempat Ice menghadiahkan jelingan maut ke arah Blaze.

"Bu... bukan tu maksud aku! Gempa, begini..."

"Aku tak nak jadi ketua."

Terdiam Blaze, Ice, Thorn dan Solar mendengarnya. Suasana jeda seketika, hanya ditemani bunyi burung yang berkicauan. Gempa menarik semula selimutnya. Dia sudah gagal jadi ketua. Terlalu banyak dosanya sampai Gempa berfikir.

Mampukah dia melakukannya sekali lagi?

"Maaf. Kalau sahaja aku tak terlalu mengikut dendam, pasti kau orang semua dapat jalani sekolah dengan damai. Blaze, aku tahu kau paling berdendam dengan aku, tapi kau tetap hormat aku. Ice, kau malas dan aku harap kau jangan tidur je kerja. Thorn, kerana aku kau jadi suka membunuh, kan? Hentikanlah, aku tak nak kau membunuh lagi. Solar, ya... kau bukan siapa-siapa. Tapi terima kasih."

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now