29 + para syaitan

68 13 21
                                    

29 + para syaitan

"KAU benar-benar boleh lihat masa depan?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU benar-benar boleh lihat masa depan?"

"Iya."

"Aku tak percaya." Laju sahaja Blaze membalasnya. Hayes sempat memberikan jelingan maut, sekarang dia sedang menarik tangan Blaze agar mengikutinya. Dia perlukan kekuatan Blaze untuk ini.

Walaupun Blaze sedang tidak mahu.

"Lepaskan aku! Aku tak ada masa untuk kau." Blaze berkali-kali cuba menarik tangannya. Kuat betul tenaga Hayes ini.

Hayes buat-buat tidak dengar. Entah Blaze ingin bekerjasama atau tidak, dia tidak kisah. Terangkat kening Blaze apabila Hayes menyuruhnya diam sebentar, senyap-senyap Hayes menyorok di belakang vending machine, memerhati manusia yang berada di hadapan kamar Sakura.

Bawah bibir diketap Hayes.

"Manusia tu sebenarnya syaitan. Jadi kita kena bertindak dengan tepat," beritahu Hayes buat Blaze terkebil-kebil. Syaitan? Apa yang lelaki ini sedang mengarut? Jelas-jelas itu manusia!

"Aku tahu kau takkan percaya. Tapi buat masa sekarang, tolong percayakan aku," paksa Hayes buat Blaze menelan liur. Dia tidak mengerti langsung. Kenapa Blaze kena percaya?

Tajam mata merah Hayes menatap sepasang iris jingga milik Blaze. Kalau kali ini dia benar-benar dapat mengubah masa depan Gempa mungkin kematian Halilintar tidak akan terjadi.

"Bukan kau dan Ice je yang nak bunuh Gempa. Aku tahu semuanya." Tergamam Blaze mendengarnya

Blaze kasar menarik tangannya yang dari tadi digenggam Hayes. Dikusut rambutnya menjadi serabai. Entahlah, nak percaya ke tidak ini? Blaze cuma tidak mahu ditipu sahaja. Tetapi dari tadi Hayes mendesaknya, seakan-akan Hayes tahu semuanya.

Apa benar Hayes boleh melihat masa depan?

Hampir terjerit Blaze apabila Hayes menarik semula tangannya  keluar dari terus menyorok di belakang vending machine.

"Syaitan tu dah masuk dalam. Aku akan masuk dulu, kau tunggu kat luar. Kalau terjadi apa-apa, jerit nama aku." Dilepaskan tangan Blaze seraya Hayes mula masuk ke dalam kamar Sakura. Blaze tidak sedar mengangguk, apa dia sebentar tadi menyetujui tindakan Hayes? Tidak mungkin.

Hayes tarik nafas dalam.

Tok! Tok!

"Aku Halilintar Grandville, izinkan aku masuk ke dalam," pinta Hayes sambil menelan liur. Tidak lama itu, pintu dibuka oleh Thorn yang berada di dalam.

Terkebil-kebil Thorn memandang Hayes. Hayes sempat melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa, tatapan Hayes mulai tajam. Benar, lelaki itu syaitan. Apa tujuannya berada di sini?

"Hali? Kenapa kau ke sini? Kau nak jumpa Gempa?" teka Thorn bersama senyuman manis di bibir. Hayes menarik tali lehernya perlahan, berasa janggal pula apabila dengan Thorn.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now