31 + tong sampah

71 12 39
                                    

31 + tong sampah

KERINGAT yang mengalir dilap Thorn kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERINGAT yang mengalir dilap Thorn kasar. Bibirnya perlahan-lahan tersenyum, botol kecil yang berisi penawar siap dihasilkan. Botol kecil tersebut diletakkan ke dalam periuk kera, mana tahu nanti terjatuh semasa Thorn kembali menemui Hayes dan Gempa.

Terangkat kening Thorn. Lantas duri beracun dibaling tepat mengenai jantung si syaitan yang cuba mendekatinya senyap-senyap. Thorn kemudian berlari keluar dari tempat secepat mungkin.

Seketika langkah Thorn berhenti tiba-tiba. Koridor dipenuhi dengan tubuh syaitan-syaitan yang mati dihabisi oleh seorang perempuan. Thorn memeluk erat periuk kera, menatap gadis yang mula berpaling menatapnya.

"Mel?" Thorn menyoal. Bawah bibir diketap, matanya memanas.

Syukurlah... adiknya selamat. Kedua-dua kakinya berlari agar dapat mencapai Melantha, dipeluk erat tubuh gadis itu buat Melantha terpinga-pinga.

Melantha selamba menolak dada Thorn dengan kekuatannya.

"Jangan peluk aku sesuka hati kau. Kau seorang je?" soal Melantha. Walaupun Thorn abangnya, tetapi Melantha tetap tidak mahu memanggil Thorn dengan sebutan 'abang'.

Malu katanya.

Thorn mengangguk kecil.

"Mel, abang sekarang ada perkara yang perlu abang buat. Abang harap Mel boleh lindungi diri Mel sendiri, jangan fikirkan abang. Abang sayang Mel. Nanti lepas semua ni berakhir, abang belanja Mel, okey? Apa-apa yang Mel inginkan," jelas Thorn bersama senyuman di bibir. Melantha lantas mengalihkan pandangan.

"Jangan cakap benda menggelikan." Terletus tawa Thorn. Sempat usapan hangat berlabuh atas kepala Melantha sebelum Thorn berlari pergi meninggalkannya.

Melantha melihat Thorn yang berlari bersama periuk keranya. Tidak menyangka abangnya ada niat ingin menyelamatkan seseorang. Kerana Thorn sebelum ini, tidak mempedulikan mangsa yang bakal dibunuhnya.

Abangnya berubah.

Tercungap-cungap nafas Thorn. Terhenti lariannya saat terlihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur di dalam tong sampah, Thorn terlopong tanpa sedar. Bergegas Thorn menghampiri lelaki tersebut, terkejut Thorn apabila Ice memilih untuk tidur di dalam tong sampah.

Tubuh Ice dikeluarkan dari tong sampah lalu digoncang-goncang kuat. Cuba membangunkan Ice yang nyenyak tidur.

"Ice, bangunlah! Jangan tidur lagi!" teriak Thorn masih menggoncang tubuh Ice.

"Ice!" Namun, Ice tidak mahu bangun. Thorn mulai resah, apa yang harus dia lakukan sekarang?

Tubuh Ice cuba digendongnya dari belakang, dia harus membawa Ice ke tempat yang selamat. Dengan sepenuh tenaga Thorn menggendong tubuh Ice, lelaki ini makan apa sampai berat begini? Kerjanya hanya tidur 24 jam, kut!

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now