17 + hukuman
PANDANGANNYA lemah. Dia masih boleh ketawa sedangkan lehernya diikat dan ditarik menggunakan tali. Sakit, tetapi dia harus tersenyum. Jangan menumpahkan air mata hanya kerana hukuman begini.
Taufan tahu dirinya kuat.
"Argh!" teriak salah satu orang yang menerima hukuman yang sama dengannya. Pandangan Taufan datar, tiada perasaan.
Lehernya diikat, kemudian ditarik kuat. Dicekik sekuat hati namun tidak sampai mati. Kali ini giliran Taufan, seorang lelaki yang sememangnya disuruh menghukum para pelajar Oak Valley yang melakukan kesalahan mulai menarik tali yang mengikat lehernya.
Tubuh Taufan jatuh terduduk, cuba tidak mengeluarkan suaranya. Seakan mencekik-cekik, apa lehernya akan putus dan kepala ini berguling ke bawah? Bawah bibir digigit hingga mengeluarkan darah.
"Berdiri!" Kali ini apa lagi? Taufan cuba berdiri, menahan sakit yang teramat.
Tergamam Taufan melihat beberapa orang membawa hidangan yang masih belum terlihat. Pesalah disuruh duduk termasuk Taufan. Apa mereka memberi makan? Ternyata masih ada perasaan simpati.
Namun saat melihat hidangan yang disediakan, Taufan terus menahan muntahnya keluar.
"Makan. Jangan sisakan sedikit pun." Lelaki yang menjadi ketua menghukum pesalah itu bernama Fang.
Taufan meneguk liur. Gila ke apa suruh makan otak manusia? Lehernya pula diikat, disuruh makan otak ini. Apa otak ini mereka dapat dari para pelajar yang menjadi korban pembunuhan?
Apa tujuan Gempa melakukan ini sebenarnya? Taufan tidak dapat menggunakan kuasanya kerana disekat.
"Ke... kenapa kami kena makan ni?" soal salah satu pesalah. Taufan hanya pasang telinga.
Fang mengatur cermin matanya sebelum menjawab.
"Apa kau pernah baca satu buku? Kalau kau makan otak manusia, kekuatan kau meningkat. Jadi, makan."
Siapa nak percaya karut itu? Taufan mengetap bibir. Namun kerana dipaksa makan, Taufan hanya menurut. Dia tidak dapat melawan, kalau melawan sedikit pun, pasti nanti lehernya putus.
Rakus Taufan memakan otak, dia tidak kunyah dan hanya terus telan. Rasa tak payah cakap, Taufan tidak mahu mengingat rasanya.
"Berdiri!" Kali ini apa lagi?
Tiba-tiba seorang lelaki membaringkan tubuh telanjang dada Taufan secara meniarap dengan leher Taufan yang masih diikat ketat. Taufan cuba angkat kepala, alangkah terkejutnya Taufan saat melihat besi di tangan lelaki itu.
YOU ARE READING
OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]
Fanfiction❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Halilintar selalu pendam semuanya. Dia menerima surat yang menyuruhnya mati. ❝ Apa kau gila? Dulu nak...