50 + lelaki itu
"KAU okey?"
Halilintar hanya mengangguk buat Gempa semakin risau. Dia ingin Halilintar tidak hadir untuk melihat Taufan memainkan piano hari ini memandangkan semalam Halilintar mengamuk. Tetapi Halilintar berkeras, katanya Taufan sudah memberikan tiket jika tidak digunakan membazir.
Terangkat kening Gempa apabila Halilintar terbatuk-batuk sendiri, kemudian anak mata kuning keemasaannya beralih ke arah belakang. Ternyata Alette sudah tiba dengan gaun merah jambu, mirip seperti warna matanya.
Sesaat Halilintar sempat bertembung mata dengan Alette. Laju kedua-duanya mengalihkan pandangan menarik perhatian Gempa.
Ada yang aneh. Alette juga telah memotong rambutnya.
"Hai!"
Serentak Gempa, Halilintar dan Alette berpaling saat suara yang tidak asing memanggil mereka bertiga. Kelihatan Blaze, Ice, Thorn dan Solar datang bersamaan. Terlompat-lompat Blaze dan Thorn melambai ke arah mereka bertiga dengan riang.
Melantha di belakang keempat-empat jejaka itu tayang wajah jengkel. Kalau bukan sebab desakan Thorn, tidak akan kakinya menjejak ke sini.
"Mel!" panggil Alette dengan teruja. Tidak sangka kawan baiknya diajak juga.
Membulat mata Melantha apabila Alette meluru ke arahnya, pelukan dihadiahkan. Meronta-ronta Melantha agar pelukan cepat dileraikan, malu kerana Alette memeluknya di tempat awam begini.
"Lepaslah gila!" marah Melantha cuba mengawal rasa malunya.
Perlahan-lahan Alette meleraikan pelukan. Bibir tidak lekang dengan senyuman lebar, cepat sahaja tangannya menarik lengan Melantha untuk dirangkul. Nasib ada Melantha, tidaklah dia begitu canggung dengan Halilintar!
"Jap, abang. Aku nak pergi tandas," celah Halilintar tenang. Gempa meneguk liur. Semua perhatian tertumpu ke arahnya.
Apa Halilintar tahu di mana tandas? Risau pula Gempa jika adiknya sesat.
"Aku tahu mana tandas," kata Halilintar seakan-akan dapat membaca raut wajah Gempa. Gempa mengurut belakang tengkuknya, mengeluh perlahan.
"Pergilah."
Setelah mendapat izin Gempa, Halilintar pergi mencari tandas. Dapat dirasakan semua mata tertumpu ke arah Halilintar. Ada yang berbisik-bisik memuji ketampanannya, ada yang tertumpah makanan seolah-olah sedang melihat bidadara. Ada juga yang ternganga mulut sampai tidak sedar lalat masuk.
Tidak pernah melihat wajah mempesonakan seperti itu.
Usai membuang air kecil, Halilintar keluar dari tandas. Air liur diteguk, di dalam tandas banyak lelaki yang menatapnya sambil meleleh air liur. Apa ada sesuatu pada wajahnya? Berkali-kali Halilintar teliti dekat cermin, tiada yang pelik.
YOU ARE READING
OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]
Fanfiction❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Halilintar selalu pendam semuanya. Dia menerima surat yang menyuruhnya mati. ❝ Apa kau gila? Dulu nak...