32 + terlambat

107 12 53
                                    

32 + terlambat

"BOS pasti suka kalau kau orang semua mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BOS pasti suka kalau kau orang semua mati."

Blaze mengetap bibir. Apa yang harus mereka bertiga lakukan? Ternyata ada syaitan yang boleh menyerupai sesuatu. Kerana malas berfikir, Blaze terus menyerang tanpa ragu-ragu buat Taufan dan Solar tercengang.

"Tu... tunggu!" Terlambat. Blaze sudah terpelanting akibat terkena serangan syaitan tersebut.

Solar hanya mampu mengurut dahi. Taufan lantas menggunakan papan luncur anginnya mendekati si Blaze yang terlempar jauh. Tubuh Blaze yang sudah pengsan digoncangnya berkali-kali, kenapa pula masa ini juga Blaze terlalu bersemangat?

Hari-hari lainnya juga, Blaze sentiasa bersemangat!

"Bangunlah, gila! Jangan pengsan!" teriak Taufan namun tidak berhasil, mamat api tidak sedarkan diri. Keluhan tidak sengaja keluar dari bibir Taufan, ini benar-benar sahaja.

"Nampaknya aku kena selesaikan sendiri," ujar Solar dengan bergaya. Cermin mata dinaikkan, sempat mengatur blazer sekolahnya agar terlihat segak.

Taufan tayang wajah jengkel. Blaze dibiarkan terbaring pengsan atas lantai, Taufan segera mendekati Solar yang sepertinya berniat menyerang syaitan. Solar bukanlah ahli Sakura, kenapa percaya dirinya sangat tinggi?

Tapi anehnya, Taufan suka!

"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?" soal Taufan seraya menepuk lembut bahu Solar. Solar cuba menahan senyum yang tidak tertahan, sudah dia duga Taufan akan meminta tolongnya.

"Berdasarkan apa yang aku perhatikan, serang tanpa berfikir adalah tindakan bodoh. Dia boleh berubah bentuk. Jadi menyerang jantung adalah tindakan tercepat. Tetapi mungkin saja dia dah tahu kita akan berbuat begitu. Makanya, bla... bla... bla..." Dan seterusnya.

Taufan menekup mulut yang menguap tiba-tiba. Apa yang dikatakan Solar tidak dianggapnya serius. Ternaik kedua-dua bahu Taufan apabila Solar tiba-tiba menatapnya dengan mata bersinar-sinar.

Akh, silau.

"Apa kata kau pura-pura jadi umpan?" Terpinga-pinga Taufan mendengarnya. Tidak lama itu, Taufan dapat menangkap maksud Solar.

"Kau berniat memanfaatkan aku? Dasar keji," balas Taufan tanpa bertapis.

Taufan mula berpaling memandang syaitan yang sedang menatap mereka berdua seronok berbincang dari tadi. Air liur diteguk Taufan, perlahan-lahan bibirnya cuba mengukir senyum.

"Aku akan mengalah untuk kali ni. Kau akan jadi bintangnya, Solar." Tergamam Solar mendengarnya. Taufan tanpa ragu-ragu terus mendekati syaitan tersebut.

Syaitan tersebut mengangkat kening.

"Apa kau cuba buat, hah?" soal syaitan tersebut cuba menahan marah. Taufan hanya tersenyum sinis seraya mendepakan kedua-dua tangan di hadapan syaitan tersebut.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now