14 + harlett rosenberg

111 15 47
                                    

14 + harlett rosenberg

"KAU betul-betul okey?" soal Ice acuh tak acuh menyoal Blaze yang berada di hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU betul-betul okey?" soal Ice acuh tak acuh menyoal Blaze yang berada di hospital.

Itulah cari pasal, kan dah kena akibatnya.

"Sepatutnya aku tahan Blaze lebih kuat! Huhu!" Thorn mula menangis sendirian di situ, sedangkan dia ingin memberi beberapa buah tangan kepada Blaze ketika menjenguknya.

Blaze terdiam mendengarnya. Dia benar-benar sudah menyusahkan Ice dan Thorn hanya kerana perbuatannya. Dia sedar semalam dia berhadapan dengan siapa, tetapi buat-buat tidak sedar dan langsung menamparnya begitu sahaja.

Apa ketua akan menghukumnya kerana mengganggu Halilintar?

Tetapi...

"Tapi, lelaki tu kuat! Kau orang tengok tadi, kan? Kuasa kilatnya benar-benar menakjubkan! Pertama kali aku bertemu orang sekuat dia!" Bersinar-sinar mata Blaze mengatakannya buat Thorn dan Ice terkebil-kebil.

Kenapa budak ini tiba-tiba bersemangat?

"Nama dia Hali, kan? Aku kena jadikan dia kawan aku! Apa kau rasa kalau aku kawan dengan dia, semua perempuan akan pandang aku? Aku dapat berkenalan dengan perempuan-perempuan comel tu semua!" terang Blaze panjang lebar. Kali ini ada bentuk hati di matanya. Setelah terkena renjatan elektrik, mendadak sikapnya berubah.

Oak Valley menempatkan kelas para pelajar lelaki dan perempuan berasingan. Kerana itu ada tembok yang memisahkan kelas pelajar lelaki dan perempuan. Namun, sejak Halilintar masuk ke dalam Oak Valley, para pelajar perempuan sanggup memecahkan tembok untuk masuk ke kelas lelaki hanya kerana ingin memandang lelaki itu!

Kuasa cinta benar-benar kuat, ya? Gempa juga sepertinya tidak kisah.

"Kau benar-benar dah kembali jadi Blaze yang bodoh dan bersemangat," komen Ice seraya memandang datar ke arah Blaze.

Namun di dalam hatinya senang melihat Blaze menjadi dirinya yang sebenar. Blaze menggaru belakang kepalanya sedangkan tidak gatal, tersengih-sengih. Keningnya terangkat saat perasan seseorang tiada di sini.

"Taufan mana?" soal Blaze.

"Taufan ada kelas piano!" beritahu Thorn dengan riang. Blaze hanya mengangguk faham.

Bermasalahnya Taufan, lelaki itu punya bakat dalam bermain piano. Tidak hanya hebat dalam berpedang. Kadang Blaze tidak suka melihatnya, tetapi apa boleh buat, kan?

Kadang dunia ini tidak adil.

"Apa tulang aku ada yang patah?" soal Blaze ingin tahu.

"Malangnya tak ada," jawab Ice agak kesal. Blaze tersentak!

"Kau mesti nak aku patah tulang, kan? Ice tak guna! Kau kan kawan aku!" marah Blaze tidak puas hati. Dibaling bantal ke arah Ice namun lelaki beriris biru aqua itu cekap menangkapnnya.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now