56 + hujung minggu

52 10 26
                                    

56 + hujung minggu

HUJUNG minggu yang menyenangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJUNG minggu yang menyenangkan.

"Maaf ketua, aku ada kelas piano."

"Ketua! Aku sibuk sibuk sibuk sangat!"

"Hiks, maaf ketua. Aku dengan Solar dah janji nak berkebun hujung minggu ni."

"Aku kena ajar Hali main pedang."

Dan Gempa terpaksa keluar bersama Melantha yang tidak sibuk langsung. Masalahnya, dia tidak terbiasa dengan Melantha. Gadis itu jarang datang ke bilik Sakura dan berbuat sesuka hatinya. Kadang Gempa memikirkan apakah pilihannya tepat menjadikan Melantha sebahagian daripada ahli Sakura?

Rambut hitam Gempa disinari cahaya matahari, bebola mata kuning keemasannya bercahaya terkena matahari yang menyilaukan pandangan. Lantas Gempa menghalang cahaya tersebut. Namun mata Gempa jadi mencari bunyi langkah yang sedang mendekatinya.

"Mel?" Gempa mengukir senyum tipis. Hampir dua jam dia menunggu, baru sekarang Melantha datang.

Melantha menyelak rambut merah panjangnya ke belakang. Mata birunya sempat berlaga dengan mata emas milik Gempa.

"Kita nak buat apa? Kalau pelik-pelik, aku balik." Bersiap Melantha ingin melangkah pergi. Gempa tersentak.

Pantas pergelangan tangan Melantha ditariknya buat Melantha terhenti langkah. Melangha berpaling menatap Gempa yang sedang menahannya pergi.

"Kalau kau benci jadi ahli Sakura, ni kali terakhir aku bersama kau. Isnin esok kau boleh melepaskan jawatan sebagai setiausaha aku. Aku tak nak kau jadi setiausaha aku sebab terpaksa, Mel. Jadi untuk hari ni, teman aku boleh?" Permintaan Gempa.

Melantha menarik tangannya kasar dari terus ditahan Gempa. Kenapa baru sekarang Gempa mengatakannya?

"Kenapa tak jalan? Kau nak aku teman kau, kan? Aku tinggal." Terangkat kening Gempa mendengarnya. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman aaat Melantha mula melangkah ke hadapan dahulu.

Dia berlari kecil seraya berjalan di sebelah Melantha buat Melantha menjarakkan diri. Namun Gempa terus mendekatinya. Sesekali mata emas itu melirik wajahnya, seakan-akan mahu mengatakan sesuatu.

Melantha mengepal penumbuk. Geram pula rasa bila ada orang pandang dirinya lama-lama begini.

"Kenapa pandang-pandang?" soal Melantha berasa geram.

"Aku ajak kau hari ni untuk beli peralatan festival nanti. Kenapa?" Gempa bertanya balik, masih mengekalkan senyumannya.

Melantha mengalihkan pandangan.

"Kenapa? Kenapa apa?" Melantha bertanya geram. Gempa tertawa kecil tanpa sedar buat Melantha sedikit kesal. Apa kata-katanya tadi lawak bagi lelaki itu?

Akhirnya mereka berdua tiba di pusat membeli-belah. Rambang mata Melantha melihat pelbagai benda menarik yang terdapat di sini. Gempa tersenyum kecil melihat Melantha yang dari tadi melilau sekeliling dengan mata bersinar-sinar.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now