47 + kata-kata menyakitkan
"KENAPA Gempa tak suruh mak ayah kita je bayar kerosakan tu? Keluarga kita kan kaya," omel Blaze agak geram. Terpaksa mereka kerja menjadi waiter, ini menjatuhkan harga dirinya!
"Itulah. Lagi-lagi keluarga Grandville dengan Sebastian, duit mereka menggunung," sokong Taufan yang sedang mengemop lantai.
"Aku rasa Gempa berdendam dengan kita," kata Blaze tanpa sedar telah membakar pesanan pelanggan. Suasana mula menjadi panik melihat api.
"Huwaa! Ada api!"
Blaze cegukan. Taufan hanya tertawa seakan-akan tidak sedar apa yang berlaku, kalau Gempa tahu memang habislah. Kuasa angin mula dikenakan pada api yang tidak sengaja dihasilkan Blaze. Tidak padam, malah semakin membesar apinya.
Ah, tamat sudah.
"Bodoh! Yang kau pergi buat api tu makin besar pahal?" marah Blaze tidak puas hati lantas menghentikan tindakan Taufan. Taufan hanya tertawa canggung.
"Ni semua salah Thorn! Sebab dia kita asyik kena macam ni!" Tidak dapat dikawal lagi emosi, Blaze menghamburkan semuanya. Lantaklah kalau Thorn dengar, dia sudah tidak peduli.
Taufan tersentak. Kebetulan Thorn berada di belakang Blaze terkelu lidah mendengar kata-kata itu. Kepala tertunduk tidak sanggup menghadapi Taufan dan Blaze, sedar semua ini berlaku kerana salahnya.
Pak! Ditampar kuat kepala Blaze buat Blaze mengaduh sakit. Dengan perasan kesal, Blaze menatap tajam wajah Taufan yang selamba menamparnya sebentar tadi.
"Pahal kau si..."
"Maaf." Terhinjut kedua-dua bahu Blaze, cepat-cepat lelaki itu berpaling memandang Thorn yang berada di belakang.
Lutut Blaze seakan mahu jatuh. Apa Thorn telah mendengar kata-katanya? Blaze amat tahu hati Thorn seperti apa. Terlalu rapuh dan sensitif. Satu kata yang menyakitkan sahaja mampu mengusik hati Thorn.
Sebentar tadi Blaze berniat tidak peduli kalau Thorn benar-benar mendengarnya, tetapi sekarang Blaze rasa serba salah.
Bagaimana ini?
"Ayok, Blaze..." usik Taufan sudah tersengih-sengih. Sempat Blaze menghantar jelingan maut.
"Thorn... bukan tu maksud aku. Ma... macam ni." Ah, Blaze kehilangan kata-kata.
Kerana lidah ini yang menuturkan kata, orang yang Blaze sayang terasa dengan kata-katanya.
"Sudahlah. Lagipun memang betul, kan?" Thorn angkat kepala seraya memperlihatkan senyuman, seolah-olah memaksa senyum.
YOU ARE READING
OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]
Fanfiction❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Halilintar selalu pendam semuanya. Dia menerima surat yang menyuruhnya mati. ❝ Apa kau gila? Dulu nak...