58 + tampar

46 5 22
                                    

58 + tampar

"JANGAN dekat dengan Eirene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JANGAN dekat dengan Eirene."

Sejak Halilintar mengatakannya, Hayes terus memikirkan hal tersebut. Hayes yang masih dalam bentuk hantu sedang duduk atas katil milik ayah, merenung kosong langsir jendela. Otak memikirkannya sampai tepu, carilah waktu untuk healing seperti Hayes.

"Eirene... Yerin... nama mereka hampir sama. Aku rindu Yerin..." Bantal peluk milik Halilintar mula dipeluk Hayes erat, menganggap bantal peluk tersebut Kim Yerin.

"Bogosipeo..." Wajah disembamkan pada bantal peluk, membayangkan Kim Yerin yang menyanyi dengan bersemangat atas pentas.

Kepergian ibunya buat hidup Hayes terasa sepi. Orang-orang menjauhinya kerana tidak punya ayah dan ibu, ketika itu Hayes merasakan dunia perlahan-lahan menjadi gelap. Namun cahaya datang menghampirinya.

Kaca televisyen yang memperlihatkan seseorang sentiasa bersinar di mana pun dia berada. Dengan percaya diri yang tinggi berdiri atas pentas menghadap jutaan orang. Bagi Hayes, itu nampak hebat di matanya.

Untuk pertama kali, Hayes jatuh cinta dengan seseorang yang mustahil menjadi miliknya.

Hayes mula memberanikan diri untuk bergaul dengan banyak orang, dia cuba tidak peduli dengan kata-kata jahat yang dilemparkan untuknya.

Dan Miguel hadir dalam hidup Hayes, ditakdirkan untuk menjadi kawan baiknya. Kawan dengan wibu sepertinya tidak buruk, walaupun mereka berdua hampir sering bergaduh hanya kerana minat masing-masing.

"Hayes?"

Ah, sudah datang. Mata merah milik Hayes mulai berlaga dengan sepasang iris coklat tersebut. Eirene. Halilintar menyuruhnya jangan mendekati Eirene, dan itu buat Hayes penuh tanda tanya. Apa Eirene punca Halilintar mengamuk?

Gadis sekecil ini boleh berbuat begitu?

"Eirene, mari sini," ajak Hayes lembut. Tangannya menepuk tilam katil, menyuruh gadis kecil itu duduk di sebelahnya.

Eirene terangkat kening. Kaki pendeknya melangkah mendekati Hayes seraya duduk di sebelah lelaki itu. Wajah Hayes yang kini menjadi hantu ditatapnya.

"Kenapa Hayes?" soal Eirene yang tidak lagi menggunakan panggilan 'pak cik'. Hayes menelan liur.

Rasa bersalah mula hadir dalam diri Hayes, kalau Eirene tahu bahawa Hayes ragu-ragu untuk mempercayainya, pasti Eirene terluka. Hayes juga tidak mahu begini, namun kata-kata Halilintar selalu tidak pernah salah.

Terangkat kening Eirene tatkala Hayes menatapnya serius.

"Siapa kau sebenarnya?"

Eirene tergamam mendengarnya. Mata Hayes, merah. Mirip seperti warna mata Halilintar, mata yang suka menatapnya dengan tajam. Mata yang merasakan bahagianya sudah berakhir, mata yang tidak dapat mencari arah tujuan hidup.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now