35 + cuti sekolah
❝ Tingkah aku yang teruk bukan urusan kau, kerana aku tidak sebaik mereka ❞ -- Halilintar
MALAM itu, dia sepertinya sudah gila. Kedua-dua kaki masuk ke dalam wad yang ditempatkan Gempa, perlahan-lahan mendekati Gempa yang sedang nyenyak tidur. Bawah bibir digigit kuat, rasa marah membuak-buak dalam dirinya.
Sebentar tadi dia tahan, sekarang tidak boleh lagi. Hatinya yang tersakiti, tiada ubat selain nyawa dibalas nyawa. Gempa harus mati di tangannya, walau apapun yang terjadi.
"Dendam aku belum terbalas. Sebab kau... kau... kalau kau tak ada... semua ni takkan pernah terjadi dalam hidup aku." Mata jingganya tajam menatap wajah tenang Gempa yang masih tidur tidak sedarkan diri.
Air liur ditelan. Blaze tahu bunuh Gempa tidak akan dapat mengembalikan Asteria semula, namun dia dipenuhi dengan amarah yang tidak tertahan. Tangannya mulai mengeluarkan api merah, mendekatkan ke leher Gempa.
Rancangan balas dendamnya hancur gara-gara syaitan yang mendadak menyerang. Kerana inilah dia menggunakan cara yang boleh dikatakan pengecut. Sedangkan Blaze ingin membunuh Gempa apabila Gempa dalam keadaan sedia berlawan.
Tetapi kenapa seluruh tubuhnya menggigil? Sedangkan membunuh itu sangat mudah, mengapa dia jadi tidak tega? Masih terbayang air muka Gempa yang mengusir mereka berempat beberapa jam yang lalu.
Ternaik kedua-dua bahu Blaze apabila tangannya yang memasang api ditahan oleh Gempa. Kaget apabila Gempa sudah bangun dari lenanya. Dapat dirasakan betapa tajam Gempa sedang menatap iris jingganya.
"Apa yang kau cuba buat?" soal Gempa sedikit kasar. Laju Blaze menarik tangannya dari terus ditahan Gempa.
"Sebab kau..." Terangkat kening Gempa.
Jatuh terduduk Blaze menyentakkan Gempa. Seluruh tubuhnya menggeletar, kenapa dia tidak boleh membunuh Gempa? Sedangkan dia berdendam dengan lelaki ini. Kerana lelaki ini, Asteria berhadapan dengan kematian.
"Kenapa? Aku nak sangat bunuh kau... tapi aku tak dapat."
Apa dia jadi teringat air mata Gempa? Tidak mungkin. Selama dia mengenali Gempa, Blaze merasakan Gempa tidak berhati perut. Namun untuk pertama kalinya, dia melihat sisi lain daripada Gempa.
Seteruk-teruknya Gempa, lelaki itu telah melupakan kesalahan Thorn.
"Kenapa baru sekarang aku nampak sisi baik kau? Kenapa? Aku tak suka perasaan ni... aku tak suka bila aku rasa kalau tak ada kau semuanya hancur. Kenapa, Gempa? Kenapa kau buat aku macam ni?" soalnya berkali-kali. Tunduk memandang lantai sambil membiarkan air matanya mengalir deras.
Air mata, air mata, air mata terus. Sejak bila Blaze jadi orang yang suka menangis seperti Thorn? Dia tanpa sedar sudah menyayangi Gempa seperti abang kandung sendiri. Sedangkan kenangan mereka berdua terisi pergaduhan dan kata-kata menyakitkan.
YOU ARE READING
OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]
Fanfiction❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Halilintar selalu pendam semuanya. Dia menerima surat yang menyuruhnya mati. ❝ Apa kau gila? Dulu nak...