"Jadi majlisnya nak buat bila?" soal Puan Fayka.
"Kalau boleh minggu depan. Lagi cepat lagi bagus bukan?" jawab Tengku Danish Aqasha pula. Puan Fayka sedikit tersentak sebelum kepalanya perlahan-lahan ditundukkan. Jari jemari dimain sesama sendiri.
"Kami bukan apa, Tengku. Cuma..duit untuk majlis tu belum cukup lagi" jawab Nurul Huda bagi pihak ibunya. Tengku Danish tersenyum manis melihat bakal menantunya.
"Pasal itu jangan risau. Semua dah siap. Tinggal tunggu kauorang berdua untuk fitting baju aje.." ujar Tengku Danish tenang. Huda sudah terkulat-kulat memikirkan jawapan yang sesuai bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan anak Tengku Danish, Tengku Daniall Arrayan. Ahh jujur jelah, desis hatinya.
"Se-sebenarnya, saya rasa tak layak untuk berkahwin dengan Tengku Daniall. Saya orang biasa je. Duduk pun rumah kayu aje. Macam tak setaraf dengan keluarga Tengku. Lagipun Tengku Elizabeth dengan Tengku Ellysa tak suka saya. Jadi, saya harap Tengku faham." Huda meluahkan isi hatinya dengan perasaan takut. Takut nak tengok reaksi Tengku Danish.
Perlahan-lahan kepala diangkat. Dapat dilihat dengan jelas Tengku Danish hanya beriak tenang. Begitu juga dengan Tengku Daniall.
"Takpe kak, saya yakin kalau akak masuk family kitorang, lama kelamaan, mama dengan Lysa akan okey dengan akak. Believe me.." Tengku Darwisy Aqeeb mula bersuara dengan nada seaakan-akan memujuk.
Tengku Danish mengangguk mengeyakan kata-kata anak keduanya. Matanya terarah pula kepada anak sulungnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Err..saya-"
"Kakak terima jelah ye, lagipun ibu nak tengok anak ibu bahagia." laju sahaja Puan Fayka mencantas percakapan anaknya. Encik Nuzul dan adik Huda, Nurul Hazirah hanya mengangguk mengeyakan kata-kata Puan Fayka sebentar tadi.
Mata Huda mula berkaca-kaca. Dia faham apa yang cuba dimaksudkan oleh ibunya.
Perlahan-lahan kepalanya diangguk sambil bersuara.
"Baiklah, saya setuju"
vote ler awaknye
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...