"Awak tidur mana malam ni?" soal Huda apabila melihat Tengku Daniall sedari tadi hanya mengelamun di sofa ruang tamu. Tengku Daniall melangut kepala memandang isterinya.
"Saya rasa tidur sinilah, nak teman awak,"jawab Tengku Daniall. Huda sekadar mengangguk walhal dalam hatinya sudah tidak keruan.
Haish, kena tidur dengan dia lagi ke?
Kenapa perlu teman aku?
Selama ni, elok je tak berteman.
"Eh? Niall..Huda. Kenapa tak masuk tidur lagi ni?" soal Puan Fayka yang kebetulan ingin mengambil barang di ruang tamu. Kedua-dua mereka memalingkan wajah menghadap Puan Fayka serentak. Huda sengih.
"Err..ha nak masuk tidurlah ni. Salam bu," ujar Huda lalu menghulurkan tangannya ingin bersalaman dengan Puan Fayka. Begitu juga dengan Tengku Daniall.
Setelah Puan Fayka masuk ke dalam bilik, Huda dan Tengku Daniall hanya pegun ditempat mereka. Tiba-tiba janggal pulak. Huda pandang Tengku Daniall. Tengku Daniall pandang Huda. Lalu, masing-masing tersengih serentak.
"Er..ha..ha jom masuk bilik" takut-takut Huda mempelawa Tengku Daniall masuk ke bilik. Huda ingin berlalu meninggalkan Tengku Daniall namun, Tengku Daniall menarik lengannya hingga membuatkan muka Huda berlanggar dengan dada bidang Tengku Daniall.
Sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada dahi licin Huda. Lama.
"Ehem..kalau nak buat projek, pi masuk bilik sana." sampuk satu suara garau. Laju tangan Huda menolak kuat dada Tengku Daniall. Hampir sahaja dia hanyut tadi. Nasib baik ada Abang Nuq, kalau tak..
"Eh, bang? Kami masuk dulu," ujar Tengku Daniall ramah. Padahal dalam hati sudah tidak terkata lagi. Dia malu!
"Ha yelah,"
***
"Awak nak tidur mana ni?" soal Huda kepada Tengku Daniall. Dahlah bilik dia pakai katil single. Mata melilau mencari toto tetapi dia baru teringat yang toto berada didalam bilik ibu dan ayah. Haish!
"Tidur mana lagi? Tidur atas katil tu lah" ujar Tengku Daniall sambil memuncungkan mulutnya ke arah katil single itu. Huda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Muat ke?" gumam Huda sendirian. Dia melihat badan Tengku Daniall yang besar dan tegap. Lalu ditilik pula badannya yang cenonet ni. Hm muat kut?
"Tunggu apa lagi? Jom lah kita tidur," ujar Tengku Daniall sambil mata yang digosok perlahan.
"Erk.."
"Ha kalau macam tu, kita main osomlah. Siapa kalah tidur bawah" cadang Tengku Daniall sambil tersenyum bangga. Huh, dia mesti menang punya! Huda mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Tengku Daniall.
"Ooosom.." kata mereka berdua serentak. Huda membentuk tangan membentuk penumbuk, manakala Tengku Daniall membuat tangan bergaya peace.
Huda bersorak kegirangan. Yeay, kita menang! Laju sahaja Huda menghempaskan tubuh genitnya ke atas katil. Dia memejamkan mata. Tiba-tiba dia terasa bagai ada sesuatu menindihnya.
"Shh..just sleep, sayang," ujar Tengku Daniall seraya menutup mulut isterinya yang bagaikan ingin menjerit. Huda akur. Tengku Daniall memeluk tubuh Huda erat. Dia membisikkan selawat ke telinga isterinya sehingga akhirnya kedua-duanya lena diulit mimpi.
***
"Morning, princess Niall," ujar Tengku Daniall seraya jari telunjuknya mencucuk-cucuk pipi isterinya agar bangun. Huda bergerak sedikit apabila terasa tidurnya diganggu.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...