Huda menilik tubuhnya daripada atas sampai bawah. Sudah hampir 20 minit dia terpacak dihadapan cermin panjang ini. Badannya dipusingkan ke kanan lalu ke kiri.
"Betul ke ni? Aku ready ke?" Tubuhnya ditilik lagi. Dari atas sampai bawah. Baju lingerine merah yang hanya mencecah paras pehanya. Gulp-
Tarik nafas. Hambus. Tarik nafas. Hembus.
"You can do it, Nurul Huda!" Huda bercakap seorang diri dihadapan cermin itu. Memang sudah menjadi kebiasaannya bercakap dihadapan cermin apabila nervous.
Getah rambutnya dibuka dan rambutnya dibiarkan terurai. Minyak wangi disembur sedikit dibahagian leher dan pergelangan tangan. Lipbalm perisa orange dioles sedikit dibibir mungilnya. Siap!
Kedengaran bunyi deruman motorsikal berkuasa tinggi milik Tengku Daniall. Huda yang tadinya sedang bersemangat tiba-tiba keyakinannya runtuh begitu sahaja.
"Assalamualaikum, princess." sayup-sayup kedengaran suara Tengku Daniall memberi salam daripada tingkat bawah. Huda menjawab salam itu didalam hati.
"Calm down, Huda. I know you can do it!" pujuk Huda lagi seorang diri.
KLAK
Pintu bilik mereka dikuak oleh Tengku Daniall. Tengku Daniall masih lagi tidak perasan kewujudan isterinya didalam bilik itu. Briefcase di letak dia atas meja kerjanya. 2 butang teratas kemejanya dibuka lalu lengan kemeja disinsing hingga ke siku. Necktie dilonggarkan. Rambutnya diserabaikan.
Penat!
Dia menghempaskan badannya ke atas katil lalu lengan dibawa menutup matanya. Huda terkaku ditempatnya. Sesaat dia merasa menyesal memakai baju ini.
'Agak-agak kalau aku lari masuk bilik air, dia perasan tak?' soal Huda didalam hati. Daripada tempatnya berdiri ke bilik air memerlukan 5 langkah dan itu terasa sangaaatttt jauh.
Huda ligat memikirkan cara untuk lari masuk ke bilik air. Nak tukar baju balik!
PAP
Dia tersiku satu skincarenya dan...benda tu jatuh. Bunyinya tidak kuat namun, cukup untuk menggamit perhatian Tengku Daniall ke arah bunyi itu. Tengku Daniall mengangkat wajahnya dan alangkah terkejutnya dia melihat isterinya sebegitu rupa.
Mula sudah senaman kerongkong.
Huda pula sudah gelabah. Dia tersengih ke arah suaminya sambil menayang jari peace.
"Hehe, hub-hubby dah balik?" soal Huda. Tetapi tiada sebarang respon daripada suaminya. Mata Tengku Daniall menilik tubuh isterinya daripada atas sampai bawah. Mak ui, kemain lagi bini aku ni.
Dia meneguk liurnya berkali-kali dan Huda perasan akan hal itu kerana halkum Tengku Daniall jelas kelihatan bergerak turun naik. Mata Tengku Daniall tertutup rapat bagai menahan nafsunya. Dia penat sangat hari ini jadi tiada masa untuk semua ini.
Huda agak kecewa apabila suaminya memberi reaksi sebegitu. Tengku Daniall yang perasan akan hal itu terus berasa agak sebersalah. Ahh, lantaklah penat ke tak penat.
Sekonyong-konyong Tengku Daniall tersenyum nakal. Dia perlahan-lahan merangkak turun daripada katil. Huda sudah kejung ditempatnya. Tengannya digenggam kuat.
Tengku Daniall berdiri betul-betul dihadapan isterinya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit lalu berbisik tepat ditelinga isterinya.
"Are you ready, sayang?" bisik Tengku Daniall dengan suara menggoda. Mukanya dibenamkan ke ceruk leher isterinya dan nafas ditarik sedalam-dalamnya. Dia suka bau ini. Bau isterinya yang akan membuatnya tenang.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...