H U D A N I A L L | 23

22 3 2
                                    

Setelah hampir 1 jam 30 minit mengemas, akhirnya mereka siap jua. Eh? Bukan-bukan. 30 minit mengemas, lagi 1 jam tu, bergaduh, berlari, ketawa, sembunyi-sembunyi ha semua lah. Tokma yang tadinya memberi masa selama 1 jam untuk mereka mengemas dapur telah memberikan denda akibat mereka lambat 30 minit.

Apa dendanya?

"Pergi 5 rumah jiran, lepastu perkenalkan diri." ujar tokma lalu tergelak. Huda dan Tengku Daniall sudah berpandangan antara satu sama lain. 5?!

"Ala..kurangkanlah sikit denda tu.Kitorang baru lepas mengemas. Penat ni, sakit pinggang Niall. Please tokma yang comel, cantik, anggun, awet mu-"

"Ha ye lah-ye lah." Tokma beralah. Itu pun lepas kena puji melambung-lambung dengan Tengku Daniall. Ceh, tokma dah tua pun gedik!

"Yes! Okey now tell me." Tengku Daniall sudah tidak sabar menanti denda yang bakal dilakukan olehnya dan isterinya. Harap-harap lagi okey daripada yang tadilah.

"Bagitahu apa?" soal tokma blur. Tokma memandang Huda bagai meminta jawapan namun, Huda hanya mengangkat bahunya.

"Dendalah"

"Oh. Ok dendanya ialah pegang hamster selama 5 minit," ujar tokma lalu tersengih. Dia tahu bahawa cucunya yang sorang itu anti-hamster. Kerana pada waktu kecil dahulu, semasa Tengku Daniall sedang makan. Entah datang daripada hamster masuk ke dalam pinggan Tengku Daniall. Dia masih ingat lagi suara nyaring Tengku Daniall menjerit akibat terkejut.

"Okey! Pegang 5 jam pun boleh!" kata Huda lalu berlari ke atas ingin mengambil hamsternya yang bernama Kiko. Kiko ditempatkan disatu bilik khas. Jadi Tengku Daniall memang takkan sesekali menjejakkan kaki didalam bilik itu.

"Hamster?!! Nolah tokma, Niall taknak!" bantah Tengku Daniall sekeras-kerasnya. Tengok binatang itu daripada jauh sahaja sudah membuatkan dia ingin berkuak rama-rama keluar daripada rumah ini. Padahal baru 6 meter jauhnya.

"Kalau macam tu, you have no choicelah" ujar tokma seraya mengangkat bahunya. Tengku Daniall mengeluh.

"Gwenchana, Niall buat yang pertama!" putus Tengku Daniall. Dengan langkah pasrah, dia melangkah keluar rumah.

"Call tokma. Baru ada bukti Niall buat denda tu." ujar tokma lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Huda yang berada disebelah tokma sudah mengangguk-nganggukkan kepalanya. Kepala hamster yang dipegangannya juga turut digerakkan seperti mengangguk.

Tengku Daniall mengeluarkan telefon pintarnya lalu nombor tokma didail.

***

"Asslamualaikum," salam diberi apabila dia tiba disatu rumah jirannya. Rumah Puan Ayiena.

"Wacallam," jawab satu suara kecil. Apabila pintu terbuka, muncul satu tubuh kecil anggaran umur 2 ke 3 tahun bersama satu anak patung ditangannya yang berketul-ketul itu. Comel!

Terkebil-kebil mata bulat itu memandang Tengku Daniall.

"Hai adik, nama abang Tengku Daniall. Panggil Abang Niall je. Rumah abang kat situ.." Tengku Daniall menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah rumahnya. Budak itu turut memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh abang didepannya.

"...nanti adik datanglah main," ujar Tengku Daniall.

"Otey! Nanti caya datang." jawab budak itu lalu tersenyum gedik.

"Abang encem, nama saya Aerys Danica" Aerys memperkenalkan dirinya kepada abang encem didepannya ini.

"Danica?" Tengku Daniall bingung. Danica ke Danisha?

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now