H U D A N I A L L | 1

106 15 2
                                    

"Tengku Daniall Arrayan bin Tengku Danish Aqasha"

"Ye, saya"

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nurul Huda binti Nuzul Idham dengan mas kahwinnya sebanyak 10,000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Nurul Huda binti Nuzul Idham dengan mas kahwinnya sebanyak 10,000 ringgit tunai" Bergema satu masjid itu dengan suara Tengku Daniall.

"Sah."

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.."

Semua orang didalam masjid mengangkat tangan untuk berdoa.

Dalam tak sedar air mata Huda mengalir jua. Tidak terkata perasaannya ketika ini.

Sedih? Gembira? Takut?

Tengku Daniall perlahan-lahan melangkah menuju ke arah wanita yang kini sah bergelar isterinya itu. Jantung Huda mula berdegup kencang.

Ketampanan suaminya pada hari itu berjaya menggetarkan jiwanya. Indah betul ciptaanMu.

Untung siapa jadi isteri awak, Tengku. Aik?

"Assalamualaikum, princess Niall" salam dari suaminya berjaya menyentak lamunannya.

Kini, Huda berada di dunia realiti kembali. Jantungnya kembali berzumba melihat senyuman suaminya.

Aduh, comel je dimple dia! Dahlah ada sebelah je!

Semakin resah Huda dibuatnya.

"Waalaikumusalam.." Fuh, nasib baik tak gagap. Tengku Daniall menadah tangan bagai meminta sesuatu. Faham akan hal itu, Huda segera menghulur tangannya.

"Princess takut ke? Sejuk tangan awak." ujar Tengku Daniall lembut.

Huda hanya tersenyum kekok.

Tengku Daniall menyarungkan cincin emas bertahtakan berlian diatasnya ke jari manis milik isterinya.

Shining, shining!

Huda melakukan hal yang sama terhadap suaminya sebelum tangannya dihulur.

Tengku Daniall menyambut huluran isterinya dengan senang hati.

Dilabuhkan satu ciuman hangat didahi licin milik isterinya.

Tengku Elizabeth yang melihat hal itu spontan membuat muka menyampah.

"Huh setakat perempuan kampung ni, baik kahwin dengan perempuan pilihan aku" gumam Tengku Elizabeth perlahan namun masih dapat didengari oleh Puan Fayka.

Puan Fayka sekadar tersenyum nipis.

***

Majlis resepsi antara Huda dan Daniall diadakan di sebuah hotel. Dibuat langsung untuk kedua belah pihak kerana kata Tengku Elizabeth; tak perlu buat majlis di rumah Huda. Panas, nanti cair makeup dia.

Majlis ini pun tidak ramai yang dijemput kerana kata Tengku Elizabeth lagi; dia malu dapat menantu orang kampung. Nanti kawan-kawan dia gelakkan dia.

Namun, Huda tetap bersyukur. Dia didampingi seorang suami yang baik.

Keluarga mentuanya juga baik-baik cuma mak mertua dan adik iparnya sahajalah.

"Princess?" Huda sedikit tersentak apabila suara garau suaminya menyapa gegendang telinganya.

"Princess okey tak ni?" sambung Tengku Daniall lagi apabila melihat tiada respons dari isterinya. Huda tersenyum seraya mengangguk kecil.

Kini, mereka berada di atas pelamin. Tema biru. Tengku Daniall dan Huda berkongsi warna kegemaran yang sama.

Biru. Tenang aje.

to be continue..
make the star shine!

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now