H U D A N I A L L | 5

48 9 0
                                    

Kini, Syed Nadeem dan Tengku Daniall berada diwarung di hujung kampung. Dekatlah jugak dengan rumah Huda. Air teh O ais dihadapannya langsung tidak terusik. Fikirannya jauh mengenangkan isterinya. Jujur dia katakan, masa dia nampak Huda tadi, jiwanya memberontak ingin memeluk tubuh kecil itu. Tapi ditahan sahaja kerana dia faham keadaan isterinya.

Otak ligat memikirkan cara untuk mendapatkan kembali hati isterinya dan yang paling penting ialah macam mana nak beritahu Huda yang Huda dah berkahwin dan dia ni suami Huda?

Dia perasan cincin kahwin mereka yang tersarung elok di jari manis milik isterinya.

"Ibu..Huda tak tanya ke pasal cincin tu?" soal Tengku Daniall sambil memuncungkan mulut ke arah jari isterinya. Suaranya diperlahankan agar hanya dia dan ibu mertuanya sahaja yang dengar.

"Ada," jawab Puan Fayka ringkas.

"Tapi ibu cakap tu cincin yang ibu hadiahkan pada dia sebelum dia kemalangan" sambung Puan Fayka lagi. Tengku Daniall agak kecewa mendengar jawapan ibu mertuanya.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" soal Syed Nadeem apabila melihat kawannya seperti tidak memberi tumpuan kepadanya semasa dia bercerita tadi.

Penat je dia buka segala mak nenek cerita alih-alih Tengku Daniall tidak mendengarnya.

Sekonyong-konyong Tengku Daniall tersenyum. Senyuman penuh makna. Langsung berkerut dahi Syed Nadeem melihat kawannya yang sejak balik dari rumah Huda tadi, terus berperangai pelik.

"Aku rasa kan..aku nak ambil isteri aku duduk dengan aku lah" ujar Tengku Daniall dengan senyuman yang masih lagi tidak pudar.

"Aik? Nak ambil macam mana? Dia pun tak ingat kau hahaha" Syed Nadeem gelak dengan lawaknya sendiri tetapi langsung tidak memberi kesan kepada Tengku Daniall malah, senyuman itu semakin lama semakin lebar.

"Culik dia" terus terhenti gelak Syed Nadeem. Nasib baik dia tak minum air, kalau tak memang dah mandi air milo kawannya itu.

"Kau gila ke, Niall?" marah sungguh nada yang dipakai oleh Syed Nadeem tika itu.

"Ya, aku tergila-gilakan dia. Kalau tak aku takkan terfikir nak culik dia" balas Tengku Daniall pula selamba. Syed Nadeem mendengus kasar mendengar jawapan kawan baiknya itu.

"Apa-apa je lah Niall. Asalkan kau bahagia tapi aku tetap tak sokong untuk kau culik dia." bantah Syed Nadeem.

"Aku tak perlukan sokongan kau" balas Tengku Daniall seraya mengangkat sebelah bahunya.

"Jom?" soal Tengku Daniall. Syed Nadeem blur seketika. Jom? Ke mana?

"Ikut aku pergi rumah ibu mertua aku balik. Nak Huda!" sambung Tengku Daniall lagi. Jatuh bahu Syed Nadeem mendengar kata-kata kawannya.

Lahh..ingatkan nak ke mana tadi.

"Tapi aku taknak ikut kau, nanti kalau dia nampak aku dalam kereta kau juga macam mana? Pastu mesti dia ingat aku bersekongkol dengan kau nak culik dia.." ujar Syed Nadeem. Dihirup sedikit air milo yang dia pesan tadi.

"Kalau macam tu, kau balik naik grab lah." cadang Tengku Daniall seraya mengangkat kening. Syed Nadeem berfikir sejenak. Ada betul juga cakap kau, Niall.

"Bolehlah." putus Syed Nadeem sebelum tangannya menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon pintar miliknya.

***

Tengku Daniall menekan pedal brek. Kereta mewahnya kini berada betul-betul dihadapan rumah ibu mertuanya. Tapi mana basikal isterinya?

"Assalamualaikum.."

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now