H U D A N I A L L | 6

53 9 0
                                    

Pedal brek ditekan. Tengku Daniall memalingkan wajah memandang isterinya yang sedari tadi hanya menangis.

"Jom turun," ajak Tengku Daniall lembut. Huda menggelengkan kepalanya dengan laju.

Air mata masih lagi mengalir membasahi wajah itu.

Tengku Daniall mengangkat tangan lalu perlahan-lahan mengusap kepala isterinya yang berlapikkan tudung bawal itu.

"Turun ye," ujar Tengku Daniall masih lagi berlembut.

Dia takkan sekali-kali mengangkat tangan atau meninggikan suara kepada isterinya.

Itu sumpahnya selepas sahaja lafaz akad nikah mereka 5 tahun lepas.

"Hish! Janganlah sentuh!" Huda menepis kasar tangan Tengku Daniall yang sedari tadi mengusap kepalanya.

"Taknakk" ujar Tengku Daniall lalu mencubit pipi isterinya.

"Saya cakap jangan, janganlah!" bentak Huda geram. Hish, suka-suka je cubit pipi anak orang!

"Alololo, comelnya diaaa" usik Tengku Daniall lagi. Kini, tangan sebelahnya naik mencubit pipi isterinya.

Kedua-dua belah pipi Huda kini telah dicubit oleh Tengku Daniall. Semakin membara api kemarahan didalam hatinya.

"Hish!" bentak Huda lalu tangan Tengku Daniall ditepis kasar. Huda bertindak membuka pintu namun, Tengku Daniall dengan pantas mengunci pintu.

"Tunggu situ. Jangan gerak!"arah Tengku Daniall lalu keluar dari kereta dan bergegas ke pintu sebelah kiri dengan senyuman yang ditemani lesung pipitnya.

Tengku Daniall membuka pintu untuk Huda. Masih lagi dengan senyumannya.

"Silakan tuan puteri"

"Taknak! Saya nak balik!" Huda kembali menangis. Ibu, tolong kakak! Kakak taknak duduk dengan penculik!

"Alright then," Tengku Daniall mencempung tubuh isterinya ala-ala bridal style. Terjerit kecil Huda dengan tindakan 'penculik' itu.

"Hish! Apa awak ni?! Turunkan saya!" Huda mula memberontak. Dia menggerakkan tubuhnya seperti cacing kepanasan.

CUP

Tengku Daniall mencium sekilas bibir isterinya. Huda yang tadinya memberontak kini diam tak berkutik.

"Kalau nak kena lagi, buatlah perangai lagi," ujar Tengku Daniall lalu meletakkan Huda ke bawah dengan berhati-hati. Tangan Huda digenggamnya agar isterinya tidak lari.

Bonet kereta dibuka lalu bagasi Huda dikeluarkan. Terbeliak mata Huda apabila melihat bagasinya ada bersama 'penculik' ini.

Dia nak culik aku minta izin ibu ayah dulu ke? Nak restu sebelum menculik ek?

"Haa goodgirl" Tengku Daniall memuji isterinya apabila Huda masih diam berdiri sepertimana yang dia arahkan.

"Jom?"

"Encik nak bawa saya ke mana?"

"Ikut je," Huda mendengus geram. Tengku Daniall melangkah pergi dahulu meninggalkan Huda di belakang.

"Eh? Encik tunggu saya!" laung Huda apabila figura Tengku Daniall semakin menjauh.

"Aik? Tadi kata taknak ikutlah, nak baliklah, apalah. Ni kenapa ikut saya?" soal Tengku Daniall. Huda mencebik.

"Sebab saya taktau jalan kat bandar ni," jawab Huda malas. Haih, apasal penculik ni lain daripada yang lain?

***

Suis lampu ditekan. Ruang apartment itu langsung terang disimbahi cahaya. Terlopong mulut Huda melihat apartment yang begitu luas ini.

Walaupun jauh disudut hatinya, dia masih marah terhadap 'penculik' itu kerana memaksanya masuk. Tetapi, perasaan marah mula hilang apabila masuk ke ruang ini.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now